Pernah dengar laporan media tentang sindiket penipuan projek wakaf telaga air?

Ramai orang jadi serik nak berwakaf sedangkan amalan ini merupakan sedekah jariah yang manfaatnya berterusan dan pahalanya terus mengalir kepada pemberi walaupun selepas meninggal dunia.

Akibatnya, gerak kerja kebajikan bagi badan bukan Kerajaan (NGO) mula dipandang serong oleh masyarakat, seolah-olah tiada lagi yang boleh dipercayai.

Imej NGO lebih tercalar buruk lagi dengan isu skandal penyelewengan dana NGO oleh sebahagian individu yang tidak bertanggungjawab.

Tetapi, betulkah semua NGO sama?

Skandal Projek Wakaf Telaga Air dan Kebenaran di Lapangan

“Ketika Islamic Relief mengajak saya menyertai misi kemanusiaan ke Bangladesh, saya terus terima tanpa fikir panjang. Saya nak lihat sendiri kebenaran di sebalik projek telaga air yang orang ramai selalu skeptikal selepas isu scam yang berlaku,” kata Irma Hasmie, Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia.

Irma tidak mahu hanya dengar cerita. Dia mahu menyaksikannya sendiri.

“Air sangat penting dalam kehidupan kita. Tapi, kita tidak dapat menyangkal fakta bahawa ada 22 juta orang di luar sana masih tidak dapat akses kepada air bersih dan ramai kanak-kanak berumur bawah lima tahun meninggal dunia akibat jangkitan penyakit bawaan air,” tegas Irma Hasmie.

Tambahnya lagi, inilah sebabnya kesedaran tentang kepentingan air bersih perlu diperbanyakkan. Jangan biarkan isu scam membunuh niat orang ramai yang suka bersedekah, kerana masih ada NGO yang telus dan amanah dalam menguruskan sumbangan.

“Misi Kemanusiaan Caring World ke Bangladesh yang saya sertai bersama Islamic Relief, merupakan misi kemanusiaan saya yang ketiga selepas ke Marawi, Filipina dan Gaziantep, Turkiye.

“Setiap misi memberi pengalaman berbeza. Namun, apa yang sama adalah ketelusan Islamic Relief dalam menguruskan amanah penyumbang dan senyuman bahagia di wajah para penerima manfaat yang dibantu,” kata Irma.

Islamic Relief Malaysia sudah membina hampir 100 telaga air di Bangladesh, berkat sokongan dan sumbangan rakyat Malaysia.

Selain itu, beberapa kompleks air di Somalia juga berjaya dibina dan dibaik pulih menerusi projek Dana Wakaf Sistem Air (DWAS).

Bagai Mimpi Jadi Nyata

Irma berkongsi kisah gembira dari penerima manfaat projek wakaf telaga air di Bangladesh.

“Sewaktu misi, saya bertemu dengan Rahima Begum, salah seorang penduduk kampung yang mendapat manfaat daripada projek telaga air yang Islamic Relief bina.

“Rahima meluahkan keperitan hidup yang dilaluinya sebelum ini. Kemiskinan membuatkan anak-anaknya sering jatuh sakit kerana sumber air yang mereka gunakan sudah tercemar,” kata Irma.

Purata pendapatan penduduk Bangladesh yang menjadi petani sekitar 3,000 hingga 5,000 Taka sebulan bersamaan lebih kurang RM120 hingga RM200 sebulan sahaja.

“Setiap hari saya terpaksa berjalan jauh untuk mengangkut air yang sudah tercemar. Kami tiada pilihan. Duit sedikit yang ada perlu diutamkan untuk beli makanan dan menampung kos rawatan anak-anak yang sering jatuh sakit.

“Sejak Islamic Relief hadir membantu kami dengan membina telaga air ini, hidup kami banyak berubah. Anak-anak membesar dengan lebih sihat. Saya tak sangka penderitaan yang kami alami bertahun-tahun sudah berakhir,” kata Rahima.

Suami Rahima dan beberapa lagi wakil penduduk setempat dilantik menjadi ahli jawatankuasa bagi menjaga dan menyelenggara pam air ini.

Mereka diberi kursus dan latihan untuk mengendali serta baik pulih kemudahan ini.

Kata Irma, kisah Rahima menjadi bukti projek wakaf telaga air yang dilaksanakan Islamic Relief bukan hanya membekalkan air bersih, malah memberi kehidupan yang lebih baik kepada penduduk setempat.

Tambah Irma lagi, isu penipuan atau scam wakaf telaga mungkin mencalar imej NGO, tetapi pengalamannya di lapangan membuktikan masih ada pihak yang telus menguruskan amanah penyumbang.

Teruskan menyumbang untuk kempen Dana Wakaf Sistem Air (DWAS) sekarang dan bina lebih banyak telaga air di Bangladesh.

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG