SABAH, 14 Jun 2021 – Seramai 200 keluarga terjejas banjir di Kampung Bekalau, Takuli, Kebatu di Beaufort dan kampung Batu-Batu, Tenom telah menerima sumbangan pek makanan, air mineral dan kit kesihatan termasuk pelitup muka serta pencuci tangan.

Banjir yang berlaku ini berpunca daripada kesan pelepasan air dari Empangan Hidro Pangi dan taburan hujan yang berterusan.

Bantuan diedarkan secara berkala selama tiga hari dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Malaysian Relief Agency (MRA) dan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK).

“Bencana yang melanda ini benar-benar memberi ujian berganda kepada kami. Kami bukan sahaja berdepan masalah banjir, malahan sistem bekalan air paip juga terputus. Saya pun tidak tahu bagaimana kami hendak mencuci rumah selepas ini.

“Mujur ada Islamic Relief Malaysia datang menghantar bekalan air mineral. Dapatlah kami anak-beranak menyimpan bekalan air untuk diminum,” kata salah seorang penerima manfaat.

Meskipun mereka semua sudah mula kembali ke rumah masing-masing, namun kerja-kerja pembersihan masih tergendala.

“Kebanyakan penduduk terjejas yang kami temui melahirkan keluh-kesah kerana masih tidak dapat membersihkan rumah mereka dan terpaksa menunggu hujan turun untuk menadah air,” kata Fathi Ridhwan Saidin, Pegawai Kanan, Bahagian Program Islamic Relief Malaysia.

Didoakan semoga mereka semua terus tabah menghadapi ujian ini dan dilindungi daripada wabak Covid-19 yang masih menular di negara kita.

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG