Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Islamic Relief menyeru pemimpin dunia di Persidangan Perubahan Iklim (COP29) untuk menyediakan pakej bernilai $5 trilion setahun bagi menyokong negara-negara berpendapatan rendah yang paling teruk terjejas akibat perubahan iklim.
Negara-negara maju perlu bersepakat mengambil langkah konkrit untuk menurunkan suhu global kembali di bawah paras 1.5°C berbanding tahap pra-perindustrian, kerana pada tahap tersebut, impak perubahan iklim menjadi sangat berbahaya dan sukar dipulihkan.
Unjuran terkini daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan suhu global boleh meningkat sehingga 3°C dalam beberapa dekad akan datang, yang mengancam jutaan nyawa di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk mencegahnya ialah dengan pengurangan besar-besaran pelepasan karbon, menghentikan penggunaan bahan bakar fosil, dan memperhebat pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui.
COP29 yang berlangsung di Baku, Azerbaijan dari 11 hingga 22 November, digelar “COP Kewangan” kerana pembiayaan untuk negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana menjadi agenda utama. Meskipun negara-negara ini menyumbang paling sedikit kepada pelepasan karbon global, namun, mereka yang paling teruk terjejas oleh kesan iklim seperti kemarau, banjir, dan konflik akibat sumber yang semakin berkurang. Negara-negara kaya yang menyumbang kira-kira 75% pelepasan karbon global memikul tanggungjawab moral untuk membantu masyarakat yang kehidupannya musnah akibat perubahan iklim.
Jamie Williams, Penasihat Kanan Polisi di Islamic Relief, yang turut hadir di COP29 berkata,
“Dana $5 trilion setahun ini bukanlah soal kebajikan, tetapi soal keadilan. Negara dan syarikat kaya yang menyumbang kepada krisis iklim melalui pelepasan karbon perlu bertanggungjawab dan memberi pampasan kepada penduduk yang hidupnya telah terjejas. Mereka tidak mempunyai alasan untuk tidak menyediakan dana ini, sedangkan mereka membelanjakan trilion dolar setiap tahun untuk senjata dan subsidi bahan bakar fosil. Dana ini adalah untuk menampung kerugian dan kerosakan yang besar akibat perubahan iklim, membantu masyarakat menyesuaikan diri, serta melabur dalam tenaga boleh diperbaharui. “Namun, kemahuan politik untuk melaksanakan inisiatif ini masih lemah. Di COP29, ribuan pelobi akan berusaha menghalang kemajuan bagi pihak kerajaan dan syarikat besar yang semakin kaya akibat perubahan iklim. Islamic Relief bekerja bersama komuniti paling rentan di dunia, yang jauh dari perbincangan di COP29, tetapi keputusan di persidangan ini akan menentukan masa depan mereka. Risiko COP29 menjadi sekadar tempat perbincangan tanpa tindakan nyata amat tinggi, namun kita tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku. COP mesti kembali kepada asas untuk menyelamatkan planet ini.” “Petani di Bangladesh dan pengembala di Somalia tidak melakukan apa-apa yang menyebabkan perubahan iklim, tetapi mereka adalah yang paling teruk terkesan. Mereka memerlukan dana ini untuk bertahan hidup. Namun kita juga perlu menghentikan pemanasan global sebelum ia mencapai tahap kritikal, dan satu-satunya cara adalah untuk negara-negara kaya serius dalam mengurangkan pelepasan dan menghentikan penggunaan bahan bakar fosil,” katanya.
“Dana $5 trilion setahun ini bukanlah soal kebajikan, tetapi soal keadilan. Negara dan syarikat kaya yang menyumbang kepada krisis iklim melalui pelepasan karbon perlu bertanggungjawab dan memberi pampasan kepada penduduk yang hidupnya telah terjejas. Mereka tidak mempunyai alasan untuk tidak menyediakan dana ini, sedangkan mereka membelanjakan trilion dolar setiap tahun untuk senjata dan subsidi bahan bakar fosil. Dana ini adalah untuk menampung kerugian dan kerosakan yang besar akibat perubahan iklim, membantu masyarakat menyesuaikan diri, serta melabur dalam tenaga boleh diperbaharui.
“Namun, kemahuan politik untuk melaksanakan inisiatif ini masih lemah. Di COP29, ribuan pelobi akan berusaha menghalang kemajuan bagi pihak kerajaan dan syarikat besar yang semakin kaya akibat perubahan iklim. Islamic Relief bekerja bersama komuniti paling rentan di dunia, yang jauh dari perbincangan di COP29, tetapi keputusan di persidangan ini akan menentukan masa depan mereka. Risiko COP29 menjadi sekadar tempat perbincangan tanpa tindakan nyata amat tinggi, namun kita tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku. COP mesti kembali kepada asas untuk menyelamatkan planet ini.”
“Petani di Bangladesh dan pengembala di Somalia tidak melakukan apa-apa yang menyebabkan perubahan iklim, tetapi mereka adalah yang paling teruk terkesan. Mereka memerlukan dana ini untuk bertahan hidup. Namun kita juga perlu menghentikan pemanasan global sebelum ia mencapai tahap kritikal, dan satu-satunya cara adalah untuk negara-negara kaya serius dalam mengurangkan pelepasan dan menghentikan penggunaan bahan bakar fosil,” katanya.
Sementara itu, Shahin Ashraf, Ketua Advokasi Global di Islamic Relief Worldwide, menambah,
“Tahun 2024 dijangka menjadi tahun paling panas dalam sejarah, dengan pemanasan global melebihi 1.5°C untuk pertama kalinya. Planet kita telah memberikan amaran yang jelas, tetapi malangnya, kerajaan masih tidak mengambil tindakan secukupnya. “Desakan untuk bertindak dalam menangani perubahan iklim kini lebih mendesak berbanding sebelumnya, kerana ia adalah soal hidup atau mati bagi jutaan manusia. Di COP29, negara-negara maju mesti komited terhadap tindakan tegas bagi menurunkan pemanasan global di bawah ambang kritikal 1.5°C. Masa depan planet kita bergantung pada langkah ini. Untuk mengelakkan kehancuran, negara dan syarikat mesti segera meninggalkan bahan bakar fosil dan memperhebat pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui. “Ini bukan sekadar seruan untuk bertindak, ia adalah peluang terakhir kita untuk melindungi kehidupan, bukan hanya untuk diri kita tetapi untuk setiap generasi yang akan datang,” katanya.
“Tahun 2024 dijangka menjadi tahun paling panas dalam sejarah, dengan pemanasan global melebihi 1.5°C untuk pertama kalinya. Planet kita telah memberikan amaran yang jelas, tetapi malangnya, kerajaan masih tidak mengambil tindakan secukupnya.
“Desakan untuk bertindak dalam menangani perubahan iklim kini lebih mendesak berbanding sebelumnya, kerana ia adalah soal hidup atau mati bagi jutaan manusia. Di COP29, negara-negara maju mesti komited terhadap tindakan tegas bagi menurunkan pemanasan global di bawah ambang kritikal 1.5°C. Masa depan planet kita bergantung pada langkah ini. Untuk mengelakkan kehancuran, negara dan syarikat mesti segera meninggalkan bahan bakar fosil dan memperhebat pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui.
“Ini bukan sekadar seruan untuk bertindak, ia adalah peluang terakhir kita untuk melindungi kehidupan, bukan hanya untuk diri kita tetapi untuk setiap generasi yang akan datang,” katanya.
Islamic Relief menggesa agar dana baharu ini disediakan dalam bentuk geran, bukan pinjaman yang akan membebankan lagi negara-negara miskin dengan hutang tambahan. Geran ini mestilah disalurkan dengan ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Kerajaan tempatan juga perlu memastikan ketelusan dalam penggunaan dana tersebut dan memastikan golongan paling terpinggir, termasuk golongan muda, wanita, orang asli, dan pelarian, mempunyai peranan penting dalam pelan nasional bagi menangani perubahan iklim. COP28 yang berlangsung di Mesir tahun lepas telah mencapai kemajuan penting dalam mengiktiraf kepentingan adaptasi yang diterajui secara tempatan, dan ini perlu diperhebatkan di COP29.
Pada COP28 tahun lalu, pemimpin dunia turut mengumumkan Dana Kerugian dan Kerosakan, namun setahun kemudian, dana ini masih belum dilaksanakan. Di COP29, dana ini perlu diaktifkan dan dibiayai dengan segera.
Islamic Relief berperanan aktif dalam membantu komuniti yang terkesan oleh perubahan iklim di 23 negara, dengan peruntukan hampir $150 juta setiap tahun untuk program adaptasi iklim. Antara projek utama adalah membantu petani di Afghanistan melindungi ladang daripada banjir, membina sistem pengairan bertenaga solar di Mali, mempertahankan hak tanah di Indonesia, dan menguji benih tahan kemarau di Kenya.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.