Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Ibadah korban merupakan antara syiar Islam yang disyariatkan kepada umat Nabi Muhammad SAW bagi menghayati pengorbanan agung Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya, Nabi Ismail A.S bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ia menjadi simbol ketaatan mutlak seorang hamba terhadap perintah Allah SWT, serta memupuk kasih sayang, empati dan semangat kebersamaan dalam kalangan umat Islam.
Dilaksanakan setiap tahun pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik, ibadah korban bukan sahaja mempererat silaturrahim, bahkan membuka ruang untuk menyantuni golongan yang kurang berkemampuan melalui pengagihan daging korban. Ia turut mencerminkan tanggungjawab sosial dan ukhuwah yang merentasi sempadan budaya serta adat resam.
Menyahut seruan ibadah yang membawa makna pengorbanan, kesyukuran dan penyatuan, Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) telah menganjurkan Program Rezeki Qurban 2025 pada 8 Jun 2025 bertempat di Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey, Klang, Selangor.
Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan dalam program ini, masing-masing hasil penyertaan rakyat Malaysia menerusi kempen Rezeki Qurban serta sumbangan sedekah tajaan Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin, sebagai tanda kasih dan prihatin terhadap komuniti yang memerlukan.
Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia, Siti Fadilah Mohd Hood menzahirkan rasa syukur dan berbesar hati apabila program ini mendapat sambutan meluas daripada pelbagai lapisan masyarakat, merangkumi pelbagai peringkat umur yang sama-sama turun padang menjayakannya.
“Aktiviti korban ini bukan sahaja mengangkat nilai ibadah itu sendiri, malah menjadi wadah memperkukuh silaturrahim. “Kehadiran para penyumbang, sukarelawan, kakitangan IR Malaysia dan penduduk tempatan membuktikan semangat kebersamaan yang luar biasa. “Di Pulau Carey, khususnya Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, buat pertama kali menerima lembu sembelihan yang dilaksanakan secara bersama. Kami terharu kerana berpeluang mendekati komuniti yang belum pernah merasai pengalaman sebegini. “Diharapkan aktiviti sebegini dapat menyemarakkan lagi sayang mereka terhadap Islam dan moga selepas ini mereka berterusan menerima dan berpeluang merasai sendiri program-program yang bermakna seperti ini,” katanya.
“Aktiviti korban ini bukan sahaja mengangkat nilai ibadah itu sendiri, malah menjadi wadah memperkukuh silaturrahim.
“Kehadiran para penyumbang, sukarelawan, kakitangan IR Malaysia dan penduduk tempatan membuktikan semangat kebersamaan yang luar biasa.
“Di Pulau Carey, khususnya Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, buat pertama kali menerima lembu sembelihan yang dilaksanakan secara bersama. Kami terharu kerana berpeluang mendekati komuniti yang belum pernah merasai pengalaman sebegini.
“Diharapkan aktiviti sebegini dapat menyemarakkan lagi sayang mereka terhadap Islam dan moga selepas ini mereka berterusan menerima dan berpeluang merasai sendiri program-program yang bermakna seperti ini,” katanya.
Pegawai Bahagian Program IR Malaysia merangkap Koordinator Program Rezeki Qurban 2025, Nadirahtul Husna Binti Azman, berkongsi bahawa komuniti Muslim di situ sangat jarang menerima sumbangan daging korban.
“Penduduk Pulau Carey terdiri daripada kelompok Orang Asli yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh kelapa sawit, suri rumah, pekerja kilang, dan ramai juga yang bekerja sendiri kutip hasil laut seperti kerang dan ketam memandangkan kawasan ini berdekatan dengan laut. “Kami berharap sumbangan ini dapat membawa kegembiraan dan rasa syukur buat mereka, selain menjadi medium dakwah dan pendedahan berkenaan maksud sebenar ibadah korban,” kongsinya.
“Penduduk Pulau Carey terdiri daripada kelompok Orang Asli yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh kelapa sawit, suri rumah, pekerja kilang, dan ramai juga yang bekerja sendiri kutip hasil laut seperti kerang dan ketam memandangkan kawasan ini berdekatan dengan laut.
“Kami berharap sumbangan ini dapat membawa kegembiraan dan rasa syukur buat mereka, selain menjadi medium dakwah dan pendedahan berkenaan maksud sebenar ibadah korban,” kongsinya.
Menerusi program tersebut, seramai 171 keluarga dari Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Sungai Judah, Sungai Kurau, Sungai Rambai dan Kepau Laut telah menerima sumbangan dua kilogram daging korban dan sedekah bagi setiap keluarga.
Selain aktiviti penyembelihan, melapah, pemotongan dan pembungkusan daging, program turut diserikan dengan gotong-royong merewang dan memasak, sesi perkongsian mengenai ibadah korban oleh Ustaz Huzaifah Ridwan, ucapan penghargaan oleh Siti Fadilah, dan diakhiri dengan agihan daging serta jamuan makan bersama komuniti.
Asrul, sukarelawan dari Shah Alam berkongsi, “Hari ini, saya dan kawan-kawan join program Rezeki Qurban sebab sempena Hari Raya, ini adalah salah satu cara berbahagi kasih sayang dan sebarkan kemanusiaan. Kita bersama-sama dapat bantu semua orang untuk merasa daging korban, dan bila ramai-ramai buat kerja, rasa seronok dan hasilnya pun cepat.”
Berkongsi perasaannya menerima sumbangan daging korban, Suriana Abdullah, salah seorang penerima manfaat dari Kampung Orang Asli Sungai Bumbun berkata, “Rasa bersyukur sangat dapat daging korban hari ini. Saya banyak belajar erti berkorban dan seronok tengok semua bekerjasama. Terima kasih Islamic Relief buat program macam ni di kampung kami.”
Tambah Siti Fadilah, selain Pulau Carey, program Rezeki Qurban 2025 turut dilaksanakan di Kampung Sungai Manila dan Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah hasil tajaan tiga ekor lembu oleh Yayasan Sime Darby (YSD) yang telah memanfaatkan seramai 445 keluarga dari kedua-dua kampung tersebut.
“Pada masa yang sama, bukan hanya di Malaysia, Islamic Relief juga melaksanakan ibadah korban di lebih 30 negara secara global dan apa yang istimewa, pasukan IR Malaysia sendiri dihantar untuk menyaksikan pengagihan dan pelaksanaan korban di Malawi. “Jadi saya berterima kasih kepada para penyumbang di luar sana yang melaksanakan korban bersama Islamic Relief dan insya-Allah dengan pengalaman lebih 40 tahun melaksanakan ibadah korban, kami menjaga amanah sebaiknya dan kami mengharapkan agar sumbangan ini bertambah dan berterusan pada masa akan datang,” akhiri Siti Fadilah.
“Pada masa yang sama, bukan hanya di Malaysia, Islamic Relief juga melaksanakan ibadah korban di lebih 30 negara secara global dan apa yang istimewa, pasukan IR Malaysia sendiri dihantar untuk menyaksikan pengagihan dan pelaksanaan korban di Malawi.
“Jadi saya berterima kasih kepada para penyumbang di luar sana yang melaksanakan korban bersama Islamic Relief dan insya-Allah dengan pengalaman lebih 40 tahun melaksanakan ibadah korban, kami menjaga amanah sebaiknya dan kami mengharapkan agar sumbangan ini bertambah dan berterusan pada masa akan datang,” akhiri Siti Fadilah.
IR Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini termasuk Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin, Yayasan Sime Darby, AJK Masjid Darul Tahsis Pulau Carey khususnya En. Ariff bin Yahya selaku tuan rumah program Rezeki Qurban 2025, penduduk Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, AJK Masjid Al Qudus, wakil dari SD Guthrie Berhad, serta para sukarelawan YSD Huluran Kasih yang menyumbang tenaga dan masa.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.