Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Dalam tempoh beberapa bulan selepas kejatuhan rejim komunis pada tahun 1991, Islamic Relief mula melaksanakan usaha bantuan di Albania dengan memberi tumpuan kepada usaha membasmi kemiskinan dan pembangunan luar bandar.
Pejabat Islamic Relief di Albania didaftarkan pada April 1992 di ibu negara, Tirana. Kami turut membuka sebuah pusat komuniti dan pusat latihan di utara Albania, selain memberikan sokongan kepada sekolah-sekolah di seluruh negara. Pada tahun 1993, Program Penajaan Anak Yatim kami mula dilaksanakan dan sejak itu telah membantu ratusan orang kanak-kanak.
Sejak penubuhannya di Albania, Islamic Relief telah menerajui pelbagai projek pembangunan luar bandar, termasuk pembinaan jalan raya dan jambatan serta penyediaan sistem bekalan air dan pengairan. Usaha kami turut merangkumi penubuhan pusat penjagaan kesihatan primer di kampung-kampung terpencil, di samping menyediakan peralatan perubatan, ubat-ubatan dan meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan penduduk di kawasan yang paling memerlukan.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Albania telah dilanda beberapa kejadian banjir, dengan banjir paling teruk berlaku pada tahun 2015. Islamic Relief telah menyalurkan bantuan kecemasan kepada ribuan penduduk yang terjejas melalui pengagihan pek makanan, kit kebersihan, selimut dan tilam.
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.