Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Hari ini, Islamic Relief memperingati 300 hari sejak bermulanya peningkatan konflik yang belum pernah berlaku sebelum ini di Gaza dengan menerbitkan laporan baharu mengenai skala krisis kemanusiaan yang sedang berlaku.
Bagi rakyat Palestin di wilayah pesisir Gaza, hampir 10 bulan ini dipenuhi dengan ketakutan, penderitaan, kelaparan dan perpindahan ketika mereka berjuang untuk terus hidup di bawah pengeboman serta sekatan Israel yang tidak berkesudahan. Undang-undang antarabangsa terus dilanggar tanpa sebarang tindakan.
Lebih 39,000 orang telah terbunuh, dengan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada mereka merupakan kanak-kanak. Jumlah ini termasuk lebih 118 kanak-kanak dan golongan muda yang menerima sokongan melalui Program Tajaan Anak Yatim Islamic Relief.
Ahli keluarga terpisah apabila mereka terpaksa berpindah berulang kali dalam usaha mencari tempat yang selamat, namun keselamatan sukar ditemukan ketika serangan bom terus melanda Gaza. Lebih 1.9 juta penduduk telah kehilangan tempat tinggal sejak Oktober, dengan ramai daripada mereka terpaksa berpindah berkali-kali.
Terperangkap di salah satu kawasan paling padat penduduk di dunia, keluarga di Gaza hanya mempunyai akses yang sangat terhad kepada makanan, air dan penjagaan kesihatan. Penduduk kini berdepan kebuluran sehingga meragut nyawa, manakala ancaman krisis kebuluran semakin menghampiri.
Kakitangan dan rakan kerjasama Islamic Relief di Gaza turut berdepan pelbagai cabaran yang sama seperti komuniti yang mereka bantu. Seorang kakitangan berkata bahawa beliau merasakan rakyat Palestin telah ‘dilupakan oleh dunia’.
Walaupun kini beroperasi di salah satu lokasi yang paling sukar dan berbahaya untuk menyalurkan bantuan, kakitangan serta rakan kerjasama kami tetap komited untuk membantu golongan yang terdedah di Gaza, di mana dan pada bila-bila masa yang mereka mampu.
Kehidupan di Gaza sememangnya sudah sangat mencabar sebelum 7 Oktober. Namun kini, bagi ramai penduduk, keadaan kehidupan di sana benar-benar sudah tidak dapat ditanggung.
Maklumat lanjut mengenai krisis di Gaza dan usaha tindak balas Islamic Relief boleh didapati dalam laporan baharu kami: 300 Days of Unprecedented Escalation in Gaza
Bantu kami meneruskan usaha penting dalam menyokong mereka yang amat memerlukan di Gaza. Jom menyumbang ke tabung Rayuan Palestin.
Penduduk Gaza bukan sahaja memerlukan bantuan kemanusiaan, tetapi mereka juga memerlukan tindakan politik. Teruskan mendesak para pemimpin dunia untuk mengambil tindakan bagi mencapai gencatan senjata dengan segera serta menamatkan sekatan Israel.
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.