Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
11 Julai 2026
Masyarakat antarabangsa masih gagal mengambil iktibar daripada Genosid Srebrenica, tragedi kejam yang berlaku di Eropah pada tahun 1995, selepas Holocaust, yang tercetus akibat kegagalan global melindungi orang awam.
Tiga puluh tahun lalu, pasukan Serb Bosnia menawan bandar Srebrenica dan secara sistematik membunuh lebih 8,000 umat Islam Bosniak di sebuah kawasan yang diisytiharkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai ‘kawasan selamat’, tempat di mana penduduk dijanjikan perlindungan tetapi akhirnya dibiarkan tanpa pembelaan.
Perang Bosnia telah meragut lebih 100,000 nyawa, menghalau lebih 2 juta orang dari kediaman mereka, dan menyaksikan 50,000 wanita menjadi mangsa kekejaman seksual di kem tahanan.
Kengerian Srebrenica terus menghantui golongan terjejas serta generasi keturunan mereka hingga ke hari ini. Islamic Relief, sebagai salah satu agensi bantuan terbesar yang berada di lapangan ketika tragedi berlaku dan masih setia menyokong mereka hingga kini, turut menyertai acara peringatan kebangsaan di Bosnia dan Herzegovina minggu ini bagi mengenang umat Islam yang terkorban serta menghormati ketabahan mereka yang terselamat.
Sempena memperingati peristiwa ini, Islamic Relief telah merekodkan testimoni mengerikan dan trauma berterusan daripada ramai mangsa yang terselamat (rujuk testimoni di bawah).
Hari ini, di Gaza dan Sudan, sekali lagi kita melihat dunia gagal melindungi orang awam daripada kekejaman, mahupun memastikan pihak yang melanggar undang-undang antarabangsa dipertanggungjawabkan.
Waseem Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Worldwide, menegaskan bahawa dunia masih belum mengambil iktibar daripada tragedi Srebrenica:
“Genosid Srebrenica adalah titik hitam dalam hati nurani dunia. Penduduk dijanjikan perlindungan namun akhirnya ditinggalkan untuk dibunuh atau dirogol sementara dunia hanya memerhati. Ketika itu, kerajaan antarabangsa mempunyai pengetahuan dan kemampuan untuk bertindak tetapi tiada kemahuan politik. Mereka berhutang kepada mangsa dan yang terselamat daripada tragedy Srebrenica untuk memastikan genosid tidak pernah berulang lagi. “Namun selepas 30 tahun, kerajaan masih gagal bertindak tegas untuk menyelamatkan nyawa. Tahun lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memerintahkan langkah-langkah diambil untuk mencegah genosid di Gaza setelah mendapati risiko itu berkemungkinan berlaku. Namun, keputusan mahkamah itu terus diabaikan tanpa sebarang akibat. Rakyat Palestin di Gaza terus dibunuh secara sistematik, dibiarkan kebuluran, dipindahkan secara paksa, dan dinafikan akses kepada bantuan kemanusiaan. Setiap hari, kita menyaksikan undang-undang antarabangsa terus dilanggar tanpa sebarang hukuman. “Hari ini, legasi global Srebrenica lebih relevan berbanding sebelum ini. Ia adalah peringatan jelas bahawa kerajaan mesti bertindak segera untuk menegakkan undang-undang antarabangsa dan mencegah kekejaman. Sejarah akan menghakimi dengan keras mereka yang gagal bertindak.”
“Genosid Srebrenica adalah titik hitam dalam hati nurani dunia. Penduduk dijanjikan perlindungan namun akhirnya ditinggalkan untuk dibunuh atau dirogol sementara dunia hanya memerhati. Ketika itu, kerajaan antarabangsa mempunyai pengetahuan dan kemampuan untuk bertindak tetapi tiada kemahuan politik. Mereka berhutang kepada mangsa dan yang terselamat daripada tragedy Srebrenica untuk memastikan genosid tidak pernah berulang lagi.
“Namun selepas 30 tahun, kerajaan masih gagal bertindak tegas untuk menyelamatkan nyawa. Tahun lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memerintahkan langkah-langkah diambil untuk mencegah genosid di Gaza setelah mendapati risiko itu berkemungkinan berlaku. Namun, keputusan mahkamah itu terus diabaikan tanpa sebarang akibat. Rakyat Palestin di Gaza terus dibunuh secara sistematik, dibiarkan kebuluran, dipindahkan secara paksa, dan dinafikan akses kepada bantuan kemanusiaan. Setiap hari, kita menyaksikan undang-undang antarabangsa terus dilanggar tanpa sebarang hukuman.
“Hari ini, legasi global Srebrenica lebih relevan berbanding sebelum ini. Ia adalah peringatan jelas bahawa kerajaan mesti bertindak segera untuk menegakkan undang-undang antarabangsa dan mencegah kekejaman. Sejarah akan menghakimi dengan keras mereka yang gagal bertindak.”
Semua negara mesti menunaikan komitmen mereka dalam Konvensyen Genosid 1948. Setiap negara mempunyai tanggungjawab moral dan undang-undang untuk bertindak mencegah genosid sebaik sahaja ada risiko ia berlaku dan bukannya menunggu keputusan mahkamah yang selalunya datang bertahun-tahun selepas ramai yang telah terbunuh. Hanya pada tahun 2007, iaitu 12 tahun kemudian, ICJ memutuskan bahawa genosid telah berlaku di Srebrenica. Legasi peristiwa itu menuntut supaya keputusan ICJ berhubung Gaza sepatutnya sudah cukup untuk mendorong negara-negara ini untuk bertindak.
Islamic Relief juga menyeru kerajaan dan institusi untuk lebih proaktif menangani peningkatan ucapan kebencian dan penyebaran maklumat palsu yang menjadi punca genosid dan jenayah perang.
Waseem Ahmad, berkata:
“Perang Bosnia dan genosid di Srebrenica disemarakkan oleh ucapan kebencian, maklumat palsu dan propaganda tidak berperikemanusiaan yang menggambarkan mangsa sebagai ancaman. Hari ini, kita sekali lagi menyaksikan bahasa berbaur genosid yang sama dalam konflik di seluruh dunia. Bahasa yang merampas maruah dan kemanusiaan seseorang demi menghalalkan serangan terhadap kewujudan mereka. Kita perlu melihat tindakan yang lebih tegas untuk membanteras ucapan kebencian dan hasutan.”
Islamic Relief telah beroperasi di Bosnia dan Herzegovina sejak tahun 1992. Sepanjang tempoh perang, Islamic Relief menyalurkan bantuan makanan dan pelbagai bantuan kecemasan yang penting. Selepas peperangan, Islamic Relief membantu mereka yang terselamat membina semula kediaman, mengatasi trauma, memastikan anak-anak dapat kembali ke sekolah, serta mewujudkan ladang dan perniagaan kecil demi menjana kehidupan. Hingga ke hari ini, Islamic Relief tetap komited menyokong penduduk yang terselamat, ibu tunggal serta anak-anak yatim akibat genosid tersebut.
Bagi menghormati dan mengangkat kisah mereka yang terselamat daripada perang dan genosid, Islamic Relief telah menemu bual beberapa penduduk terjejas termasuk:
Nota kepada Editor:
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.