TRUSTED SINCE 1984

Temubual dengan petugas Islamic Relief berkaitan gencatan senjata Syria

“Kami sedang bersiap-sedia untuk menghadapi kemungkinan terburuk,” kata Ahmed Mahmoud.

Telah 24 jam berlalu sejak gencatan senjata diumumkan di sesetengah bahagian Syria.

Setakat ini, dimaklumkan bahawa gencatan senjata ini masih terus berlangsung tanpa ada sebarang pihak yang memungkirinya. Tiada laporan kecederaan atau nyawa yang terbunuh sejak matahari terbenam malam semalam.

Di bawah ini terdapat sebuah temubual yang dirakamkan bersama Ahmed Mahmoud, yang berkhidmat dengan Islamic Relief di sempadan Turki/Syria. Beliau telah ditemubual awal pagi tadi menerusi rancangan BBC World Service berkenaan impak gencatan senjata terhadap akses kawasan yang terkepung dan penyaluran bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa peperangan.