Selamatkan Syria

Krisis di Syria telah memasuki tahun ke-9. Dan selama itulah rakyatnya menderita kelaparan, ketakutan dan kehilangan. Namun, sejauh mana keadaan di sana menunjukkan tanda-tanda akan pulih?

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Kecemasan

SELAMATKAN SYRIA

RM10

RM50

RM100

RM200

SEDEKAH 

Krisis di Syria telah memasuki tahun ke-11. Dalam tempoh lebih sedekad ini, rakyat Syria terpaksa hidup menderita dalam kelaparan, ketakutan, kehilangan harta benda serta orang tersayang.

Pandemik COVID-19 yang melanda hampir seluruh dunia memburukkan lagi keadaan di Syria. Ia memberi tekanan berganda khususnya bagi pusat-pusat kesihatan yang sudah sedia terjejas juga bagi penduduk yang tinggal di kem-kem pelarian yang sesak dan kurang kemudahan asas.

Ternyata, konflik di Syria telah menghimpit rakyatnya dalam kancah kemiskinan serta ketakutan akan masa hadapan yang tidak menentu.

Menurut Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA), lebih 14 juta rakyat Syria memerlukan bantuan kemanusiaan untuk meneruskan kelangsungan hidup, di mana 6.7 juta orang menjadi pelarian di negara sendiri, sementara 1.9 juta lagi menjadi pelarian di kem-kem dan penempatan sementara.

Hampir 90 peratus populasi penduduk di negara itu, kini hidup di bawah paras kemiskinan yang sangat menyedihkan hingga mengakibatkan 12.4 juta orang ketiadaan akses kepada bekalan makanan serta menjadikan mereka sendiri tidak tahu apa dan bila mereka dapat mengalas perut.

Kanak-kanak yang lahir dari tahun 2011 hingga kini, terpaksa melalui zaman kanak-kanak yang memeritkan bersama impian masa depan yang kelam. Menurut UNOCHA, pada tahun 2020, seramai 2.45 juta kanak-kanak di Syria terpaksa berhenti sekolah atas beberapa faktor seperti bangunan sekolah musnah dalam serangan yang berlaku juga kekurangan kemudahan lain.

Sejak peperangan meletus di Syria pada tahun 2011, Islamic Relief telah menghulurkan bantuan kecemasan kepada rakyat Syria di sempadan menerusi negara-negara jiran yang berhampiran.

Seterusnya, pada tahun 2012, Islamic Relief mula mengorak langkah dengan menubuhkan pejabat operasi bantuan di dalam Syria bagi membantu mereka yang terkesan.

Sehingga kini, Islamic Relief terus aktif membantu rakyat Syria di dalam negara itu juga para pelarian Syria yang berada di negara-negara jiran.

Antara sektor utama bantuan Islamic Relief adalah:

  • Air, Sanitasi & Kebersihan (WASH)
  • Kesihatan
  • Pendidikan & Kebajikan Kanak-kanak
  • Makanan & Nutrisi
  • Ekonomi & Kehidupan Mampan
  • Perlindungan & Barangan Bukan Makanan

Secara purata, Islamic Relief telah membantu lebih 2 juta penduduk di Syria setiap tahun:

  • 5 juta orang menerima bantuan makanan
  • 890,000 orang menerima bantuan dan kelengkapan menghadapi musim sejuk
  • 12,000 orang menerima bantuan sokongan kehidupan mampan
  • 780,000 orang mendapat manfaat menerusi projek sumber air bersih
  • Lebih 3 juta orang berjaya disantuni melalui edaran pek makanan Ramadan dan daging korban
  • 430,000 orang menerima bantuan kecemasan COVID-19
  • 92,000 kanak-kanak mendapat manfaat daripada 11 projek pendidikan
  • 140,000 orang mendapat manfaat daripada 41 projek bantuan kesihatan
  • Lebih 380 projek telah dilaksanakan sejak tahun 2012 hingga tahun 2021

Teruskan menyokong Islamic Relief dalam membantu rakyat Syria. Bersama kita hulurkan tangan bagi meringankan beban saudara kita di sana.

Moga setiap kebaikan yang dilakukan, berbalik semula kepada kita dan dipandang mulia di sisi Allah SWT.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email