Selamatkan Syria

Krisis di Syria telah memasuki tahun ke-9. Dan selama itulah rakyatnya menderita kelaparan, ketakutan dan kehilangan. Namun, sejauh mana keadaan di sana menunjukkan tanda-tanda akan pulih?

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Kecemasan

SELAMATKAN SYRIA

RM10

RM50

RM100

RM200

ANY AMOUNT

Krisis di Syria telah memasuki tahun ke-11. Dan selama itulah rakyatnya menderita kelaparan, ketakutan dan kehilangan. Namun, sejauh mana keadaan di sana menunjukkan tanda-tanda akan pulih? Saban hari dunia dikejutkan dengan info menyayat hati yang menghenyak sanubari seperti kanak-kanak cedera terkena serpihan bom, kaum wanita dijumpai di bawah runtuhan bangunan, kaum lelaki cedera atau maut ditembak manakala warga emas mudah tertewas dengan serangan. Di mana nikmat keamanan yang seharusnya mereka kecapi?

Sehingga kini, lebih 14 juta rakyat Syria yang berada di dalam Syria memerlukan bantuan kemanusiaan manakala lebih 6.7 juta orang telah meninggalkan kediaman masing-masing demi mencari perlindungan. Daripada jumlah itu, terdapat 5.6 juta yang berdaftar sebagai pelarian di negara-negara jiran.

Sejak tahun 2011, Islamic Relief telah menghulurkan bantuan kecemasan kepada rakyat Syria di sempadan manakala pada tahun 2012, Islamic Relief mengorak langkah dengan menubuhkan pejabat operasi bantuan di dalam Syria bagi membantu mereka yang terkesan.

Antara sektor utama bantuan Islamic Relief adalah:

  • Air, Sanitasi & Kebersihan (WASH)
  • Kesihatan
  • Pendidikan & Kebajikan Kanak-kanak
  • Makanan & Nutrisi
  • Ekonomi & Kehidupan Mampan
  • Perlindungan & Barangan Bukan Makanan

Pada tahun 2019 sahaja, Islamic Relief telah memperuntukkan sebanyak RM169 juta untuk membantu lebih daripada 2.3 juta penerima manfaat di Syria.

Jom bersama kami dalam membantu rakyat Syria.