Rayuan Gempa Bumi Turkiye-Syria

Krisis di Syria telah memasuki tahun ke-9. Dan selama itulah rakyatnya menderita kelaparan, ketakutan dan kehilangan. Namun, sejauh mana keadaan di sana menunjukkan tanda-tanda akan pulih?

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Kecemasan

RAYUAN GEMPA BUMI TURKIYE-SYRIA

“Kejadian itu berlaku pada pukul 4 pagi. Rasanya seperti hari kiamat. Kami melarikan diri ke luar dan melihat beribu-ribu orang di jalanan dalam keadaan sehelai sepinggang. Ramai yang terpisah dan kehilangan ahli keluarga. Saya lihat banyak bangunan musnah dan ramai orang terperangkap di bawah runtuhan."

Mohammed Hamza, Ketua, Pejabat Islamic Relief di Idlib, Syria

Angka korban gempa bumi di Turkiye dan Syria sudah melepasi lebih 20,000 orang dan jumlah ini dijangka terus meningkat.

Banyak kediaman, hospital, sekolah, masjid dan infrastruktur lain turut musnah dalam kejadian itu.

Lebih 10,000 penduduk di Turkiye dan Syria hilang tempat tinggal. Keadaan cuaca yang sejuk dan hujan menambahkan lagi penderitaan mereka.

Dua siri gempa bumi berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud yang direkodkan pada 6 Februari 2023 ini adalah yang terburuk pernah melanda Turkiye dan Syria.

Bantuan Islamic Relief

Islamic Relief sedang giat menyalurkan bantuan seperti bekalan ubat-ubatan, alatan perubatan, selimut, tilam, alas plastik, makanan dan minuman kepada penduduk terjejas di Turkiye dan Syria.

Bantuan susulan akan terus disalurkan dari semasa ke semasa.

Islamic Relief secara global telah melancarkan kempen rayuan kecemasan dengan sasaran sebanyak RM103 juta, dan setakat ini, RM19 juta berjaya dikumpulkan dan disalurkan untuk membantu penduduk terjejas di kedua-dua buah negara.

Islamic Relief mula beroperasi di Syria pada tahun 2011 dan di Turkiye pada tahun 2012 dengan melaksanakan pelbagai projek bantuan kemanusiaan melibatkan sektor kecemasan, kesihatan, makanan, air, sanitasi dan kebersihan, pendidikan, perlindungan serta kehidupan mampan.

Kami amat memerlukan sokongan anda untuk membantu penduduk terjejas di Turkiye dan Syria. Zahirkan solidariti dengan menyumbang kepada kempen Rayuan Gempa Bumi Turkiye-Syria sekarang!