Yaman, 29 Julai 2019 -Hujan lebat dan banjir di kebanyakan 10 wilayah telah menjejaskan seramai 80,000 orang termasuk di kem pelarian.
Tambahan lagi, penularan wabak kolera telah mencecah sehingga 460,000 pada tahun ini termasuk 705 kematian.
Bagaimanapun, Islamic Relief (IR) Yemen telah mengagihkan sebanyak 285,188 pek makanan pada setiap bulan di Nihm, daerah Al-Milah serta kem pelarian di Dhamar dengan kerjasama daripada Program Makanan Sedunia (WFP).
IR Yemen juga menaja pusat protesis dan fisioterapi di Sana’a dengan kepingan polietilena.
Setakat ini masih ada lagi keperluan yang tidak dapat dipenuhi atas sebab kekangan kewangan seperti barangan perubatan yang penting dan akses air bersih.