Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
#gandakanpahala

Rezeki Ramadan

Jom Taja Pek Makanan Ramadan

Pek Makanan

RM 350
  • Palestin (Gaza), Syria, Yaman, Lubnan Afghanistan & Somalia

Pek Makanan

RM 250
  • Malaysia, Indonesia, Bangladesh & Filipina

Sedekah RAMADAN

RM 10
  • Sumbangan serendah RM10 bagi membantu golongan rentan

Kempen Rezeki Ramadan dengan slogan #gandakanpahala ini menyasarkan kutipan dana RM2.25 juta bagi pelaksanaan agihan pek makanan di 10 buah negara termasuk Malaysia.

Objektif program bermusim yang dijalankan Islamic Relief secara global selama empat dekad ini bertujuan meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan dalam menyediakan juadah berbuka dan bersahur ketika bulan Ramadan.

Kriteria utama pemilihan penerima bantuan ialah golongan B40 dan kebawah, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, pesakit kronik, pelarian, penduduk terjejas bencana dan keluarga dengan bilangan ahli yang ramai.

Setiap pek makanan Ramadan yang diagihkan, dilengkapi dengan makanan asas atau makanan ruji penerima bantuan mengikut negara masing-masing seperti beras, tepung, jagung, pasta, bijirin, kekacang, daging dalam tin, minyak masak, gula, teh dan kurma.

Orang ramai boleh menyumbang dan menyertai program bantuan ini bermula 12 Januari 2024 hingga 9 April 2024.

Rebut pahala dan ganjaran besar dengan menjamu dan memberi makan kepada orang lain untuk berbuka puasa SEKARANG.

Bersegeralah dan jangan bertangguh dalam hal-hal kebaikan.

Moga Allah menerima amalan kita semua. Amin.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email