Many people dream of the beauty of white, soft and fluffy snow, but yet there are those who are suffering from the cold harsh winter.
RAYUAN AFRIKA TIMUR
Tanduk Afrika kini mengalami kemarau terburuk dalam tempoh 70 tahun sehingga mengakibatkan banyak kematian dan memusnahkan jutaan binatang ternakan seperti lembu. Ramai penduduk hilang mata pencarian akibat hasil tanaman yang terjejas manakala jutaan lagi kanak-kanak mengalami kelaparan dan kekurangan zat makanan.
Inilah realiti mengerikan yang sedang dihadapi oleh hampir 20 juta orang di Somalia, Ethiopia dan Kenya.
Impak perubahan iklim ternyata memberi kesan buruk kepada negara-negara yang berada di rantau tersebut. Sejak tahun 2020, taburan hujan yang dialami sangat sedikit menjadikan kemarau semakin kerap berlaku sehingga mengakibatkan bekalan air menjadi semakin kritikal dan harga makanan melambung tinggi.
Kejadian itu turut menyebabkan ramai penduduk meninggalkan kampung halaman masing-masing untuk mencari makanan dan air demi kelangsungan hidup. Kebanyakan mereka terpaksa berjalan di bawah terik mentari dalam musim panas untuk menuju ke kem pelarian di mana mereka boleh mendapatkan sebarang bantuan. Dalam perjalanan itu, ramai kanak-kanak, warga emas, dan orang yang kurang upaya telah meninggal dunia akibat lapar dan dahaga.
Impak kemarau di Afrika Timur:
- >7.1 juta kanak-kanak kekurangan zat makanan di tahap kritikal
- 7 juta haiwan ternakan mati
- 1,091,000 hilang tempat tinggal
SOMALIA
- >5.1 juta orang berdepan ancaman fasa kecemasan kebuluran tahap 3.
- 7 juta orang diancam fasa kecemasan kebuluran tahap 4.
- >213,000 orang berada dalam fasa kecemasan tahap 5.
- 5 juta kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah mengalami masalah kekurangan zat makanan di tahap kritikal.
- 805,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka untuk mencari makanan, air dan padang ragut untuk haiwan ternakan.
- Sekurang-kurangnya 500 orang terpaksa berkongsi satu tandas disebabkan kepadatan penghuni di penempatan pelarian dalam negara (IDP).
- 16,000 ribu orang berdepan risiko ancaman penyakit bawaan air seperti diarea dan kolera.
- >3 juta haiwan ternakan mati akibat kelaparan dan jangkitan penyakit.
ETHIOPIA
- >7.1 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan segera.
- 900,000 kanak-kanak menderita kekurangan zat makanan.
- 235,000 wanita mengandung dan ibu menyusu memerlukan bantuan bekalan nutrisi segera.
- 930,000 orang memerlukan bantuan kecemasan dan kesihatan.
- >2.5 juta haiwan ternakan mati akibat kemarau.
KENYA
- 1 juta orang berdepan ancaman fasa kecemasan kebuluran tahap 3.
- 1,100,000 orang diancam fasa kecemasan kebuluran tahap 4.
- 942,000 kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah dan 134,000 wanita mengandung serta ibu menyusu mengalami masalah kekurangan zat makanan di tahap kritikal.
- 5 juta haiwan ternakan mati akibat kemarau.
Tindakan segera diperlukan untuk mengelakkan kebuluran dan kematian
Setakat ini, Islamic Relief telah membantu lebih daripada 167,000 orang di seluruh rantau ini. Antara bantuan yang telah diagihkan adalah makanan dan wang tunai.
Selain itu, Islamic Relief turut menambah baik sumber bekalan air dengan membaiki telaga air sedia ada dan membina kompleks air yang baharu, membaiki kolam simpanan air, dan menyediakan trak air bersih. Islamic Relief juga melatih pekerja kesihatan tentang cara merawat kanak-kanak kekurangan zat makanan yang teruk, dan menyokong klinik pemakanan.
Terima kasih kepada para penyumbang yang sentiasa bersama Islamic Relief. Kita perlu bertindak segera untuk menyelamatkan nyawa mereka yang terjejas di Tanduk Afrika daripada ancaman maut dan kebuluran.
Bantu kami menerusi kempen Rayuan Afrika Timur sekarang.