Terachi, 14 Okt. 2016 – Satu upacara Pengisytiharan Undang Luak dan Adat Pepatih telah diadakan sempena program Imarah Masjid di Kampung Pauh yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 13 – 16 Oktober 2016.
Dalam majlis itu, Islamic Relief Malaysia (IRM) telah diraikan sebagai menghargai jasa IRM yang telah memberi bantuan kepada penerima manfaat dan membangunkan komuniti setempat di Terachi serta membina penempatan khas untuk warga Rohingya, Rohingya Shelter & Health Education Centre (ROSE).
Antara bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh IRM kepada masyarakat Terachi:
1.Program Ramadan Relief 2014 2.Agro projek -Rohingya 2014 3.Penambahbaikan surau – Imarah Musolla 2015 4.Membimbing 6 keluarga Gift Of Hope 2013-2016 5.Penyerahan 150 pek makanan setiap tahun 6.Penempatan ROSE, Kg Mampas 2016 7.Pembinaan rumah MBSB 2016 8.Sumbangan Hari Raya 2013-2016
Selain daripada upacara tersebut, berlangsung juga taklimat berkaitan penjagaan kesihatan, penyerahan kunci rumah sumbangan dari MBSB, penyerahan 15 pek makanan kepada penerima manfaat di sekitar kawasan tersebut dan lawatan ke ROSE.
IRM komited membantu komuniti ini untuk lebih maju pada masa akan datang.