Platform Atas Talian

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Cepat & Mudah

Platform Atas Talian

Jom Ikuti dan Sokong Kami!

KitaFund merupakan platform penjanaan dana di Malaysia yang membantu melindungi sumbangan pengguna daripada isu ‘scammer’ atau penipuan siber. Platform ini menyediakan maklumat serta perkembangan sesuatu projek pengumpulan dana secara jelas dan telus dari awal hingga akhir untuk rujukan penyumbang dan penerima manfaat.

LaunchGood adalah platform penjanaan dana yang memfokuskan untuk memperkasa komuniti Islam di seluruh dunia. Ia mula ditubuhkan pada tahun 2013 dengan matlamat untuk menghasilkan impak positif kepada masyarakat. Dengan adanya usaha mewujudkan kempen di platform ini, matlamat yang disasarkan pasti bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

Sumbangan.com adalah platform digital yang mempromosikan kebaikan dan mempunyai matlamat menjadi platform kebaikan utama di Malaysia. Dilancarkan pada Julai 2020 semasa pandemik global, platform ini bertujuan membantu individu yang terjejas. Sejak penubuhannya, platform ini terus menyokong pelbagai misi kebaikan, sama ada di dalam atau di luar negara.

Shopee merupakan platform membeli belah secara atas talian nombor 1 di Asia. Ia bukan sahaja memudahkan pengguna untuk berbelanja, malahan turut memudahkan orang ramai untuk melakukan kerja kebajikan menerusi pembelian baucar bantuan di kedai jualan Islamic Relief Malaysia dalam aplikasi Shopee.

Lazada merupakan antara platform yang terawal dalam menawarkan perkhidmatan pembelian secara atas talian di negara-negara maju dengan cara yang cepat, mudah dan selamat. Ia bukan sahaja memberi pengalaman mudah kepada pengguna untuk berbelanja, malahan turut membolehkan pengguna menyumbang menerusi pembelian baucar pakej bantuan yang tersedia di kedai jualan Islamic Relief Malaysia dalam aplikasi Lazada.

Touch ‘n Go E Wallet adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengurangkan transaksi tunai secara lebih senang dan selamat. Pengguna tidak perlu lagi membawa wang tunai apabila keluar berurusan. Ia turut memudahkan pengguna untuk melakukan sumbangan walau dimana-mana sahaja dengan cara mudah, lancar, selamat dan tanpa sentuhan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email