TRUSTED SINCE 1984

Petani terpencil Kenya mengaplikasikan teknologi solar

Kit irigasi baru menjimatkan air dan merangsang hasil tuaian untuk wanita di Mandera.

Wanita di kawasan terpencil Kenya kini menggunakan teknologi solar yang telah mengubah sepenuhnya cara mereka bertani.

Pekan Mandera, yang terletak di sempadan timur utara Somalia dan Etiopia, adalah satu kawasan yang paling sukar dijejaki di negara tersebut, dengan 88% orang hidup di bawah garis kemiskinan.

Namun, kini adanya program sokongan petani kecil, terutamanya kaum wanita selama tiga tahun yang dilaksanakan oleh Islamic Relief  – untuk mendapatkan kit irigasi baru, merangsang hasil tuaian tanaman.

Jama Hanshi, penyelaras meja serantau di Kenya berkata: “Laluan ke Mandera tidak berturap dan perjalanan ke sana mengambil masa sekitar dua hingga tiga hari melalui daratan dari Nairobi.

 

Kenya supply Woman farmer 1  

“Petani di sana telah bergantung kepada pam air yang berkuasa diesel yang agak mahal dan memakan hampir kesemua wang simpanan mereka, namun projek ini telah menggantikan pam tersebut dengan sistem irigasi yang dikuasakan tenaga solar.

“Perkara yang mengagumkan tentang kit irigasi titis ini adalah ia menggunakan jumlah air yang sedikit.

“Di kawasan yang mempunyai sumber air yang terhad, dan ramai orang yang telah terjejas teruk akibat kemarau, memperolehi hasil maksimum dari air yang tersedia adalah amat penting.”

Didanai oleh USAID, skim bernilai  $500,000 ((£390,000) ini akan membantu 3,000 petani secara langsung sepanjang tempoh tiga tahun akan datang. Ini seterusnya akan membantu lebih 18,000 orang secara tidak langsung.

Kit solar ini mengepam air dari lubang bor, sungai atau tasik ke dalam tangki penyimpanan sebelum disalurkan ke sistem irigasi titis pada masa yang optimum iaitu pada waktu petang dan awal pagi.

Syarikat yang berpangkalan di Nairobi telah mereka bentuk peralatan ini yang boleh menjimatkan air sehingga 80%.

Islamic Relief menggalakkan para petani untuk bergabung, dan membentuk Persatuan Pinjaman dan Simpanan Berkumpulan (GLSA) di mana mereka boleh mengumpulkan sumber bersama-sama dan membeli kit ini secara perkongsian.