Persidangan Pelarian PBB: Sebuah panduan ringkas

Ketahui perkembangan semasa dan bagaimana anda boleh membantu.

 

S: Bilakah Persidangan Pelarian PBB ini berlangsung?

J: Isnin, 19 September

 

S: Dimanakah Persidangan Pelarian PBB ini berlangsung?

J: Ibu Pejabat PBB, New York

 

S:Apakah yang berlaku semasa persidangan ini?

J: Persidangan ini adalah peluang untuk para pelarian mengutarakan suara mereka. Perhimpunan Agung PBB menganjurkan Persidangan Pelarian dan Migran untuk menangani krisis migrasi secara paksaan global. Ia bertujuan untuk menyatukan negara-negara di dunia dengan pendekatan yang lebih manusiawi dan lebih selaras.

 

S: Apakah perkara yang baru?

J: Ini adalah kali pertama Perhimpunan Agung PBB telah meminta kerajaan dan ketua kerajaan di seluruh dunia untuk membincangkan pergerakan besar-besaran pelarian dan migran dan ia adalah peluang bersejarah untuk menggariskan sebuah rangka tindakan yang lebih menyeluruh di peringkat global. Ia adalah titik perubahan untuk memperkukuh urus tadbir migrasi antarabangsa dan peluang yang unik untuk mewujudkan sistem yang lebih bertanggungjawab dan terancang dalam bertindak balas ke atas pergerakan besar-besaran pelarian dan migran seluruh dunia.

 

S: Mengapa sekarang?

rs22799_img_3065

 

J: Bilangan pelarian di peringkat global kini mencecah 20 juta – rekod tertinggi dalam masa dua puluh tahun. Ketidakstabilan politik yang meningkat dan konflik berdarah telah memaksa ribuan keluarga meninggalkan kediaman mereka dan menyelamatkan diri setiap hari, dan meninggalkan segala harta benda mereka bagi mendapatkan perlindungan. Malangnya, tindakan peringkat antarabangsa terhadapa migrasi secara paksaan ini tidak memadai dan dalam kebanyakan kes, beberapa negara bangsa telah gagal merealisasikan komitmen asas mereka terhadap pelarian berdasarkan undang-undang antarabangsa.  Menurut data UNCHR, enam negara terkaya di dunia (berdasarkan data GDP Bank Dunia) sedang menerima kurang daripada 9% keseluruhan 65 juta pelarian seluruh dunia, dan ramai yang mempamerkan keengganan untuk membuka sempadan mereka kepada pelarian dengan menggunakan alasan ancaman keselamatan, budaya dan kestabilan ekonomi.

 

S: Apa yang bakal persidangan ini capai?

J: Ramai pelarian kini sedang tinggal di negara yang gagal meratifikasi Konvensyen Pelarian dan setiap tahun, jutaan bayi lahir ke dunia tanpa memiliki sebarang kerakyatan, lantas tidak mempunyai akses kepada hak asasi manusia. Sudah tiba masanya kita bersama-sama membincangkan keperluan yang semakin mendesak ini dan menemukan kaedah yang lebih baik untuk menangani masalah ini.

 

S: Bagaimana saya boleh membantu?

J:Kami akan berkongsi banyak maklumat berguna tentang krisis pelarian sebelum dan semasa persidangan berlangsung. Anda boleh mengikuti kami di Facebook dan bantu kami dengan melakukan salah satu daripada perkara berikut:

  • Bersolidariti #WithRefugees dan tandatangani petisyen global untuk menggesa pemimpin dunia bertindak lebih cekap. Ia akan disampaikan di dalam persidangan tersebut pada 19 September. Kami memohon agar kerajaan di serata dunia memastikan setiap kanak-kanak pelarian berpeluang mendapat pendidikan, setiap keluarga pelarian mendapat penginapan yang selamat untuk tinggal, dan setiap pelarian diberikan peluang untuk bekerja atau mempelajari kemahiran baru dan seterusnya boleh menyumbang secara positif terhadapn komuniti mereka.
  • Sertai Perarakan Solidariti Bersama Pelarian yang akan berlangsung di Parliament Square, London pada 17 September di mana kami akan menyediakan sebuah blok Islamic Relief.

 

S: Mengapakah persidangan ini relevan kepada Islamic Relief?

J: Sejak kami mula berkhidmat pada tahun 1984, Islamic Relief adalah pertubuhan yang amat komited terhadap perlindungan ke atas pelarian dan perlaksanaan tindakan penyelesaian yang lebih manusiawi dan produktif dalam menerima pelarian dan menyokong ketahanan jangka panjang mereka. Dengan rakan kongsi di lebih 40 negara di seluruh dunia, kami menyalurkan bantuan yang menyelamatkan nyawa dan sokongan terhadap pelarian dan komuniti migran secara paksaan di berbagai-bagai negara termasuklah Afghanistan, Jordan, Kenya, Lebanon, Pakistan, Sudan, Syria, Tunisia, Turki dan Yaman.

 

ir-digi-winter

 

Migrasi paksaan telah mendatangkan impak yang tidak seimbang kepada negara yang sedang membangun, dengan sembilan daripada sepuluh pelarian dihoskan di negara-negara membangun yang sudah tentunya juga bergelut dalam memenuhi keperluan rakyat mereka sendiri. Tambahan pula,  krisis migrasi paksaan moden ini disulami dengan identiti Islam. Populasi pelarian terbesar di bawah UNCHR berasal dari Afghanistan, Syria dan Somalia, yang menyumbang kepada lebih daripada separuh jumlah pelarian keseluruhan, manakala Pakistan, Iran dan Lebanon telah menyediakan perlindungan pelarian tertinggi berbanding negara-negara lain. Bekas Pesuruhjaya Tertinggi PBB, Antonio Guteres, telah mengiktiraf perkara ini pada tahun 2012, bahawa Pertubuhan Kerjasama Islam menerima dan menyediakan perlindungan kepada sekitar 50% daripada populasi keseluruhan pelarian – sebuah peratusan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun kebelakangan ini yang berpunca dari krisis di Syria dan Iraq.

S: Apakah yang dilakukan oleh Islamic Relief di Persidangan Pelarian ini?

J: Islamic Relief telah mendengar keluhan, kebimbangan dan keperluan para pelarian di seluruh dunia, dan akan mengetengahkan perkara ini kepada wakil-wakil kerajaan dan penggubal dasar sewaktu persidangan ini. Kami akan melancarkan dua buah laporan sokongan pada hari persidangan berlangsung. Laporan pertama bertumpu kepada impak krisis pelarian terhadap kanak-kanak lanjutan dari lawatan misi antara agama dengan pihak Imigrasi Lutheran dan Perkhidmatan Pelarian ke Jordan, Lebanon dan Turki. Satu lagi laporan yang telah ditulis adalah berkenaan kehidupan pelarian wanita dan kelangsungan hidup mereka lanjutan lawatan lapangan kami ke Iraq.

Islamic Relief juga melancarkan mesyuarat kumpulan bertugas Agama & Migrasi bersama dengan Joint Learning Initiative pada 19 September nanti di mana organisasi berasaskan kepercayaan berpeluang untuk berbincang tentang amalan terbaik dalam menyediakan sokongan dan bantuan kepada para pelarian. Setakat ini, Islamic Relief telah bekerjasama dengan pelbagai NGO utama yang lain termasuklah ACT Alliance, OIC, dan LIRS untuk persediaan persidangan.

Pada hari persidangan tersebut, Islamic Relief akan bekerjasama dengan penggubal dasar utama, wakil-wakil kerajaan  dan mengambil bahagian di dalam perarakan solidariti bersama pelarian di New York dan London.

Lihat lapan mesej utama yang bakal kami ketengahkan di persidangan nanti di sini.

S:  Apakah yang dianjurkan Islam berkenaan pelarian dan migran paksaan?

J:Islam mempunyai tradisi sejarah yang kaya berkenaan perlindungan terhadap migran paksaan, yang berakar umbi dari ajaran asal Quran dan contoh-contoh yang telah ditunjukkan dalam kisah para nabi dalam Islam. Perkara yang telah menjadi asas kepada tradisi Islam ini adalah konsep mengalu-alukan dan maruah manusiawi.

 

rs22792_800-img_8296

 

 

Quran menyeru manusia untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pelindung dan pembantu kepada “golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang ditindas, yang telah telah berdoa, ‘Tuhan, selamatkanlah kami dari pekan ini, di mana orang-orangnya adalah golongan penindas!” (Quran 4:75), dan berjanji bahawa mereka yang melarikan diri dari hukuman kejam akan “diampunkan oleh Allah s.w.t. dan sesungguhnya adalah Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun” (Qur’an 4:99).

Ajaran Islam menganjurkan bahawa perlindungan adalah hak istimewa bagi mereka yang telah ditindas, dan manusia bertanggungjawab untuk menyediakan penginapan dan perlindungan kepada mereka yang mencarinya.

Maruah dianggap sebagai aspek utama dalam identiti manusia. Qur’an ada menyebutkan tentang bagaimana Allah “memuliakan keturunan Adam” (Qur’an 17:70). Oleh itu, melindungi dan menghormati maruah manusia adalah tanggungjawab kritikal. Perbuatan melayan migran paksaan sebagai bebanan sosial dan ekonomi, Qur’an memuji (perbuatan) mereka yang “menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka yang berhijrah” dan “memberikan layanan yang baik kepada mereka walaupun [tuan rumah itu sendiri] kurang berkemampuan” (Qur’an 59:9)

Migran paksaan ini seharusnya dianggap sebagai saudara sendiri, diberikan hak dan perlindungan yang sama seperti warganegara yang lain, dan seharusnya digalakkan untuk mencapai kebebasan dan kemampuan kendiri dalam komuniti baru mereka.