TRUSTED SINCE 1984

Persidangan Pelarian PBB: Mesej utama daripada Islamic Relief

Persidangan PBB untuk Pelarian dan Migran (anda boleh baca panduan ringkas kami di sini) adalah titik perubahan untuk kesemua pelarian di seluruh dunia. Pada waktu ini, ketua-ketua negara perlu bekerjasama dalam hal ehwal perlindungan terhadap pelarian dan rangka kerja serta tindakan yang lebih manusiawi, teratur dan menjangkau dalam menyediakan penginapan kepada pelarian selain menyokong kebingkasan jangka panjang mereka.

Kami ingin suara para pelarian ini didengar oleh komuniti antarabangsa. Kami menyeru semua negara untuk mengalu-alukan kemasukan migran paksaan dan menjadikan perlindungan maruah  mereka sebagai rukun asas dalam pelan respons terhadap krisis migrasi antarabangsa ini. Secara khususnya, kami meminta negara-negara yang menghadiri persidangan untuk memberikan komitmen dalam hal yang berikut:

 

Sikap Mengalu-Alukan

  1. Meratifikasi dan mematuhi Konvensyen Pelarian 1951 dan berkongsi tanggungjawab dalam menyediakan perlindungan terhadap para pelarian untuk memastikan penempatan semula golongan ini secara kolektif sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pelarian global.
  2. Memastikan penyediaan laluan yang selamat dan sah untuk mereka yang mencari perlindungan dan suaka, termasuklah penambahan sokongan untuk penyatuan semula keluarga.
  3. Menamatkan amalan bahasa dan polisi xenofobik terhadap golongan migran paksaan dan bekerjasama dengan persatuan sivil tempatan (termasuklah organisasi berasaskan agama) untuk membantu integrasi pelarian ke dalam komuniti hos secara efektif.
  4. Meningkatkan pendanaan untuk bantuan pelarian global sebanyak 30% dari $10 bilion kepada $13 bilion pada 2016.

 

Maruah dan perlindungan

  1. Meningkatkan sokongan untuk kehidupan dan mata pencarian yang lebih selamat dan mampan, termasuklah penyediaan permit kerja untuk para pelarian dan mewujudkan strategi peluang pekerjaan serantau untuk negara-negara yang mengehos pelarian secara besar-besaran.
  2. Pelan bantuan yang lebih mampan, komprehensif oleh pihak kerajaan dan komuniti antarabangsa dengan sumber untuk ruang penerimaan pelarian dan migran paksaan yang lebih selamat dan sistematik. Ruang ini juga haruslah bersifat inklusif, fleksibel, sesuai, partisipatori, dan protektif. Tumpuan khusus harus diberikan kepada ruangan untuk kanak-kanak, persekolahan dan ruang pembelajaran lain yang formal dan tidak formal, dengan penekanan terhadap golongan paling terjejas dan tidak bernasib baik, merangkumi wanita dan kanak-kanak perempuan, dan mereka yang kurang upaya.
  3. Meningkatkan pendanaan untuk pendidikan pelarian yang inklusif untk kesemua 3.6 juta kanak-kanak pelarian yang keciciran persekolahan dan mempromosikan latihan vokasional.
  4. Meningkatkan pendanaan dan mempelbagaikan kerjasama untuk menangani masalah dan keperluan psikososial dan rohaniah untuk pelarian.

 

Apakah yang dianjurkan Islam berkenaan pelarian dan migran paksaan?

Islam mempunyai tradisi sejarah yang kaya berkenaan perlindungan terhadap migran paksaan, yang berakar umbi dari ajaran asal Quran dan contoh-contoh yang telah ditunjukkan dalam kisah para nabi dalam Islam. Perkara yang telah menjadi asas kepada tradisi Islam ini adalah konsep mengalu-alukan dan maruah manusiawi.

rs44251_imgl5963

Mengalu-alukan

Quran menyeru manusia untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pelindung dan pembantu kepada “golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang ditindas, yang telah telah berdoa, ‘Tuhan, selamatkanlah kami dari pekan ini, di mana orang-orangnya adalah golongan penindas!” (Quran 4:75), dan berjanji bahawa mereka yang melarikan diri dari hukuman kejam akan “diampunkan oleh Allah s.w.t. dan sesungguhnya adalah Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun” (Qur’an 4:99).

Ajaran Islam menganjurkan bahawa perlindungan adalah hak istimewa bagi mereka yang telah ditindas, dan manusia bertanggungjawab untuk menyediakan penginapan dan perlindungan kepada mereka yang mencarinya.

 

Enam negara terkaya di dunia sedang memberikan perlindungan kepada kurang 9% daripada 65 juta pelarian seluruh dunia.

 

Malangnya, pelan bantuan komuniti antarabangsa terhadap krisis migrasi paksaan mempunyai banyak kelemahan dan dalam kebanyakan kes, negara-negara bangsa di dunia telah gagal dalam memberikan komitmen asas terhadap pelarian berdasarkan undang-undang antarabangsa. Menurut laporan UNCHR, enam negara terkaya di dunia (menurut penarafan GDP Bank Dunia) sedang memberikan perlindungan kepada kurang 9% daripada 65 juta pelarian seluruh dunia, dan ramai negara yang enggan membuka sempadan mereka dengan menggunakan alasan ancaman keselamatan, budaya dan kestabilan ekonomi.

Ramai pelarian kini sedang tinggal di negara yang gagal meratifikasi Konvensyen Pelarian dan setiap tahun, jutaan bayi lahir ke dunia tanpa memiliki sebarang kerakyatan, lantas tidak mempunyai akses kepada hak asasi manusia.

 

Maruah

Maruah dianggap sebagai aspek utama dalam identiti manusia. Qur’an ada menyebutkan tentang bagaimana Allah “memuliakan keturunan Adam” (Qur’an 17:70). Oleh itu, melindungi dan menghormati maruah manusia adalah tanggungjawab kritikal. Perbuatan melayan migran paksaan sebagai bebanan sosial dan ekonomi, Qur’an memuji (perbuatan) mereka yang “menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka yang berhijrah” dan “memberikan layanan yang baik kepada mereka walaupun [tuan rumah itu sendiri] kurang berkemampuan” (Qur’an 59:9)

 

ir-digi-children-in-al-qaim-camp

 

Migran paksaan ini seharusnya dianggap sebagai saudara sendiri, diberikan hak dan perlindungan yang sama seperti warganegara yang lain, dan seharusnya digalakkan untuk mencapai kebebasan dan kemampuan kendiri dalam komuniti baru mereka.

Ramai dalam kalangan pelarian dunia kini mendapat perlindungan dari negara yang mempunyai sumber dan kerangka perundangan yang terhad untuk memenuhi keperluan migrasi secara paksaan – yang mengakibatkan golongan pelarian ini terdedah kepada ancaman keganasan, eksploitasi dan keadaan hidup yang tidak memuaskan. Memastikan para pelarian mempunyai akses kepada pendidikan dan kehidupan yang lebih mampan adalah penting bagi ketahanan jangka-panjang mereka.

Pendidikan mampu membina pengetahuan dan mengasah kemahiran untuk berdikari dan ketahanan serta menyumbang kepada keamanan dan keselamatan tempatan. Kanak-kanak yang menerima pendidikan terlindung lebih baik dari penyeludupan manusia, pengambilan anak angkat haram, eksploitasi seksual, dan buruh paksaan. Dalam kalangan pelarian, hanya 50% kanak-kanak direkodkan menerima pendidikan sekolah rendah manakala hanya 25% remaja menerima pendidikan menengah (menurut data UNESCO dan UNCHR). Pelan pendidikan kebangsaan dan sumber kewangan amat diperlukan untuk meluaskan akses kepada pendidikan formal dan membolehkan bentuk pendidikan yang lebih fleksibel selain mewujudkan latihan vokasional.

 

Dalam kalangan pelarian, hanya 50% kanak menerima pendidikan sekolah rendah dan 25% remaja menerima pendidikan menengah.

 

Peluang untuk kelangsungan hidup adalah amat terhad. Kebanyakan pelarian tidak boleh bekerja secara sah di negara tempat mereka berlindung kerana kekurangan permit kerja yang dikeluarkan oleh negara tersebut. Dalam kes di mana permit kerja diberikan, ia terhad kepada kerja-kerja tanpa kemahiran dan hanya dibayar pada kadar gaji yang lebih rendah berbanding warganegara. Sebagai contoh, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kos yang meningkat dan peluang pekerjaan yang tidak sekata di Iraq bermaksud 0% keluarga pelarian berjaya memenuhi keperluan asas mereka, dengan program kelangsungan hidup menjadi salah satu program yang paling kurang didanai penderma.

 

boys-playing-with-toys-in-basirma-camp

Terdapat juga khidmat sokongan psikososial yang terhad untuk pelarian yang telah mengalami pengalaman traumatik. Golongan wanita dan kanak-kanak perempuan secara khususnya telah berdepan keganasan gender yang timbul akibat ketaksamaan gender yang bertambah buruk akibat krisis, penyingkiran dan konflik yang terjadi. Golongan wanita dan remaja perempuan yang lebih tua dan memiliki ketakupayaan memiliki risiko lebih tinggi terhadap kekejaman dan eksploitasi. Sebuah kajian yang dijalankan oleh kumpulan IASC berkenaan Kesihatan Reproduktif dalam Krisis mendapati bahawa akses kepada kesihatan seksual dan reproduktif untuk wanita yang tersingkir adalah di bawah piawaian minimum atau langsung tidak wujud.  Program yang menangani kekejaman berasaskan gender untuk memenuhi keperluan mangsa yang terselamat yang digabungkan dengan kaedah pencegahan yang berkesan adalah terlalu sedikit.