TRUSTED SINCE 1984

Pelan bantuan kecemasan Aleppo untuk keluarga yang menyelamatkan diri mereka

Pasukan Islamic Relief Syria terus kental dalam membantu ribuan individu yang melarikan diri dari kota tersebut.

Pasukan kami di Syria sedang menyediakan pelan pengagihan untuk memastikan barangan bantuan kecemasan yang disimpan di dalam gudang kami di pinggir Aleppo berjaya disampaikan kepada golongan yang paling memerlukannya.

Sehingga 100,000 penduduk dijangka akan meninggalkan kota tersebut di dalam beberapa hari akan datang dan berpindah ke kawasan yang lebih selamat di utara, barat dan selatan Aleppo, termasuklah ke kota Idlib.

“Jutaan nyawa telah terkorban dan penduduk Aleppo telah menderita teruk selama beberapa bulan hidup dalam keadaan terkepung, dibom dan pertempuran ganas.” kata Ketua Misi Syria kami, Mohamed Goumni.

“Kami berdoa agar usaha menyelamatkan mangsa akan selesai dengan cara paling lancar dan aman, dan staf dan sukarelawan Syria kami sedang bertungkus-lumus untuk membekalkan makan dan bantuan perubatan kepada mereka yang tersingkir.

Selama beberapa bulan, pasukan kami yang bertugas di kawasan sekitar Aleppo telah membantu mengedarkan roti segar kepada kepada keluarga yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

rs49374_imgl1084

Kami kini sedang meningkatkan lagi operasi kami untuk membantu lebih ramai individu yang tersingkir dan mereka yang terselamat, selain menilai keperluan pendatang baru bagi memastikan kumpulan ini beroleh bantuan yang diagihkan dengan segera seperti hidangan makanan, susu bayi dan kit kebersihan.

Usaha bantuan kecemasan yang dijalankan oleh Islamic Relief bagi mereka yang menyelamatkan diri dari Aleppo juga merangkumi pemberian ubat-ubatan kepada pusat kesihatan dan membekalkan bakeri tempatan dengan tepung gandum untuk membuat roti segar.

Dan menjelang musim sejuk yang bakal tiba, pasukan kami sedang bersiap sedia untuk membantu keluarga yang telah meninggalkan kediaman mereka dengan memberikan bantuan bermusim yang mengandungi alat pemanas dengan bahan bakar, pakaian dan but, serta makanan yang berkhasiat.

Pasukan kami di Syria bekerjasama dengan organisasi di Syria di kawasan berkenaan untuk memastikan bantuan disampaikan dengan cara yang paling berkesan.

Islamic Relief telah berkhidmat di Syria semenjak tahun 2011 dan telah membantu lebih 6.5 juta penduduk Syria – kebanyakannya yang berada di dalam negara tersebut dan juga ratus ribuan pelarian yang telah menyelamatkan diri ke Lebanon, Jordan dan Iraq.

Kami akan terus menggesa komuniti antarabangsa untuk menghentikan konflik ini, menyeru koridor asasi kemanusiaan.

Marilah derma untuk menyokong kerja lapangan kami di Syria di sini.

Untuk temuramah media, sila hubungi penyelaras media antarabangsa Mohammad Shakir di talian  +442075933237 atau +447747022590 atau e-mel Mohammad.Shakir@irworldwide.org