Amal kebajikan untuk anak yatim
Setiap anak yatim berhak mendapat kehidupan yang sempurna. Di Islamic Relief, kami sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak yatim dan keluarga mereka yang terjejas akibat peperangan, bencana alam, kemiskinan dan penyakit kronik. Melalui kempen MyYateem #CareForOrphan yang diperkenalkan, Islamic Relief berhasrat untuk membantu kanak-kanak ini dan keluarga mereka mendapatkan masa depan yang lebih cerah dan bermakna.
Bagaimana Islamic Relief membantu anak-anak kecil ini?
Islamic Relief sangat berterima kasih atas sumbangan berterusan daripada para penyumbang di seluruh dunia. Berkat sumbangan dana tersebut, Islamic Relief di seluruh dunia dapat menyelamatkan dan merubah kehidupan anak yatim dan kanak-kanak yang dihimpit kesusahan. Antaranya, kanak-kanak di kawasan luar bandar di Mali, menerima akses pendidikan yang baik manakala kanak-kanak di kawasan perang seperti Palestin dan Yaman, berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Sokongan terhadap anak yatim dan kanak-kanak
Islamic Relief tidak hanya memberi bantuan bersifat sementara kepada anak yatim dan kanak-kanak. Sebaliknya, Islamic Relief membantu dalam tempoh masa yang panjang, selain memberi sokongan kepada ahli keluarga, penjaga, dan komuniti setempat untuk menyediakan penyelesaiaan berpanjangan, berkekalan dan selamat terhadap isu kemiskinan dan ketidakadilan.
Islam juga sangat menitikberatkan hal penjagaan anak yatim kerana mereka bukan sahaja memerlukan perhatian, tetapi juga perlindungan daripada kita. Jadi, Islamic Relief ingin mengajak anda semua untuk sama-sama kita menyantuni anak yatim sepertimana yang disebutkan di dalam al-Quran serta dianjurkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Dengan menyumbang menerusi kempen MyYateem #CareForOrphan, anda boleh memberikan kanak-kanak ini harapan untuk melakar masa depan yang lebih baik menerusi sokongan dari sudut keperluan fizikal, emosi dan psikologi mereka.
Setakat ini, Islamic Relief telah menaja lebih daripada 85,000 orang anak yatim melalui projek penajaan dengan menyediakan makanan, tempat tinggal, penjagaan kesihatan dan pendidikan serta membantu lebih 200,000 orang anak yatim di 26 buah negara melalui pelbagai projek bantuan.
Berikan kebahagiaan dan keceriaan di wajah anak-anak kecil ini dengan sumbangan anda. Bertindak segera!
Bagaimana anda boleh membantu?
Kasih MyYateem
Kasih MyYateem
Tajaan MyYateem
Tajaan MyYateem
Sabda Nabi SAW: “Aku dan orang yang menjaga anak yatim seperti ini di dalam syurga. Baginda SAW mengisyaratkan dengan merapatkan dua jari baginda SAW iaitu jari telunjuk dan jari tengah.”