Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
Musibah Orang Lain, Ujian Bagi Kita
Firman Allah SWT: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – Surah al-Baqarah, 155
Setiap manusia akan menerima ujian daripada Allah SWT sama ada dalam bentuk kesusahan atau kesenangan. Ujian diberikan kepada kita untuk mengetahui sejauh mana keikhlasan dan kesabaran kita dalam mengharungi ujian tersebut.
Namun, ujian yang diturunkan Allah tidak hanya menguji mereka yang terjejas, namun ia juga turut menguji orang sekeliling yang mengetahui bahawa mereka sedang memerlukan bantuan.
Melalui situasi ini, Allah juga mahu melihat sejauh mana keprihatinan serta kesanggupan kita untuk membantu mereka yang memerlukan serta menilai kemurahan hati kita dalam berkongsi nikmat rezeki dan kesenangan yang dikurniakan Allah.
Sabda Rasulullah SAW: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah.” – Hadis Riwayat Muslim
Dunia Semakin Tenat, Manusia Semakin Penat
Sedar atau tidak, angka kematian disebabkan peperangan, penindasan, krisis kemanusiaan, bencana alam dan penularan wabak terus meningkat tinggi.
Menurut Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA), dijangkakan 274 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan dan perlindungan pada tahun 2022.
Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan angka ini antaranya kesan pandemik COVID-19, konflik berpanjangan dan bencana alam.
Krisis Kemanusiaan Semakin Buruk. Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu:
- Lebih 811 juta orang di seluruh dunia, tidur dalam kelaparan setiap malam. (WFP)
- Sekitar 345 juta orang di seluruh dunia kini diambang kebuluran. (WFP)
- Peningkatan angka kemiskinan secara global yang berlaku pada tahun 2020 disebabkan pandemik COVID-19 masih berlarutan hingga menjadikan angka kemiskinan secara global pada tahun 2021 mencecah 97 juta. (Bank Dunia)
- Lebih 700 juta orang bersamaan 10 peratus daripada penduduk dunia masih hidup di bawah paras kemiskinan dan berdepan kesukaran untuk mendapatkan akses keperluan asas seperti perubatan, pendidikan, air dan sanitasi. (UN)
- Negara-negara di Afrika Sub-Sahara seperti Nigeria, Mali, Ethiopia dan Madagascar dijangka terus berdepan kemiskinan melampau dengan pendapatan kurang RM8 sehari. (UN & Bank Dunia)
- Pandemik COVID-19 telah meragut lebih 5.4 juta nyawa. Kesannya, dianggarkan 1.5 juta kanak-kanak berumur bawah 18 tahun di seluruh dunia menjadi anak yatim ekoran kehilangan ibu bapa atau penjaga disebabkan COVID-19.
- Dianggarkan lebih 84 juta orang terpaksa melarikan diri daripada rumah mereka dan menjadi pelarian sama ada di dalam negara mahupun di negara jiran setakat pertengahan tahun 2021 atas pelbagai faktor. (UNHCR)
- Menjelang tahun 2050, lebih 216 juta orang dijangka terpaksa berpindah daripada tempat tinggal mereka ekoran kesan perubahan iklim.
- Dianggarkan, 68 juta hingga 132 juta orang akan jatuh miskin menjelang tahun 2030 impak perubahan iklim. (Bank Dunia)
- 1 daripada 5 kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan melampau dikatakan akan terus hidup dalam kemiskinan sepanjang hayat mereka. (UN)
Dalam Setiap Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain
Islamic Relief Malaysia terus peka dalam membantu meringankan beban mereka yang memerlukan di dalam dan luar negara tanpa mengira jurang perbezaan menerusi kempen mySedekah bagi menyalurkan bantuan merangkumi sektor makanan, kecemasan, pembangunan komuniti, kesihatan, pendidikan, air sanitasi & kebersihan dan lain-lain.
Kempen ini akan dibuka sepanjang tahun bagi menjadi jambatan penghubung di antara penyumbang dan penerima manfaat.
“Kebuluran dan jurang kemiskinan secara global telah meningkat dengan sangat cepat ekoran pandemik COVID-19. Islamic Relief akan terus berusaha untuk membantu mereka yang mengalami masalah kekurangan zat makanan juga kelaparan di negara Islamic Relief beroperasi. Islamic Relief tidak akan terus membiarkan kelaparan yang mereka hadapi menjadi sebuah tragedi buruk memandangkan angka kematian semakin hari, semakin meningkat.
“Nilai-nilai yang menjadi teras Islamic Relief iaitu ikhlas, adil, rahmah, amanah dan ihsan sentiasa kami pegang dan Islamic Relief tidak akan sekali-kali mendiskriminasi di antara penerima manfaat muslim dan bukan muslim seperti mana yang dianjurkan oleh Islam.”
Orang yang bersyukur adalah orang yang sentiasa terbuka mindanya untuk mengambil pengajaran apabila melihat kesusahan yang menimpa orang lain. Ia juga dapat mendidik diri agar tidak kufur atau mensia-siakan nikmat yang diperolehi walaupun sedikit.
#mysedekah #kemanusiaantanpasempadan