TRUSTED SINCE 1984

Meningkatkan kualiti kehidupan di Myanmar menerusi projek LIFE

Islamic Relief sedang melaksanakan projek peningkatan kualiti kehidupan bagi keluarga yang tersingkir dalam negeri, mereka yang kembali, dan komuniti hos di kawasan pedalaman Myawaddy, di Kayin State, Myanmar.

Sempadan pekan Myawaddy mempunyai sejarah konflik yang berpanjangan. Ini telah mengakibatkan populasi penduduk yang semakin merosot kerana ramai yang telah melarikan diri dari kawasan tersebut demi keselamatan mereka. Baru-baru ini, ramai keluarga merasakan yang keadaan sudah selamat untuk mereka kembali semula. Malahan, Myawaddy kini menjadi lokasi tumpuan bagi mereka yang ingin melarikan diri dari kekejaman yang berlaku di bahagian lain negara tersebut. Tanpa sebarang prospek pekerjaan yang stabil, ramai dalam kalangan keluarga yang tersingkir dalam negeri ini dan mereka yang kembali terpaksa tinggal di kawasan perairan.

Kaum wanita bercucuk tanam buah-buahan dan tumbuhan sebagai sebahagian dari projek LIFE di Myanmar.

Lokasi Myawaddy yang terasing dan kekurangan teknologi pertanian yang terkedepan bermaksud 80% penduduk yang kembali ke kawasan ini hidup dengan pendapatan kurang dari $20 setiap bulan, ditambah pula dengan akses makanan yang terhad.

Projek Livelihood Improvement for Family Empowerment (LIFE)telah direka bentuk untuk menangani masalah kebimbangan makanan yang dialami oleh 350 keluarga yang tersingkir dalam negeri, mereka yang kembali dan komuniti hos. Dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam sistem agrikultur yang bersesuaian dan mampan, projek ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep kebun makanan menerusi model ‘food always in the home’ (FAITH).

Dengan melaksanakan sistem tanaman FAITH, skim giliran di mana sayuran dan tanaman separa kekal ditanam sepanjang tahun, supaya para keluarga yang menyertai program ini dapat bergantung pada hasil tuaian kebun mereka sebagai sumber makanan kendiri selain menjadi pendapatan mereka.

 

Women cultivating fruit and vegetables as part of the LIFE project in Myanmar.

Kaum wanita bercucuk tanam buah-buahan dan tumbuhan sebagai sebahagian dari projek LIFE di Myanmar.

 

Dengan jumlah tanah suai tani yang terhad, iklim lembab yang kurang hujan, dan populasi sedia ada yang telah mendirikan tempat tinggal di atas tanah yang lapang, majoriti mereka yang kembali mengamalkan pertanian pindah. Dengan membersihkan kawasan hutan di pergunungan, mereka boleh bercucuk tanam tanaman jenis tanah tinggi seperti padi bukit, jagung, kacang tanah dan kekacang dan sayuran. Kini, dengan adanya program LIFE, setiap dari 350 keluarga ini memiliki kebun berasaskan FAITH yang boleh mereka anggap sebagai hak milik mereka sendiri. Program ini juga telah membolehkan peningkatan kualiti amalan pertanian dalam komuniti setempat, dengan adanya seorang wakil dalam perkampungan yang telah diberikan latihan untuk menguruskan dan menawarkan nasihat dan panduan kepada ahli komuniti yang lain.

Projek LIFE telah berjaya:

  • Menggalakkan teknik agrikultur yang lebih berkesan
  • Menggalakkan aktiviti cucuk tanam tanaman alternatif menerusi model FAITH
  • Menggalakkan tanaman pokok buah-buahan berhasil malar untuk memastikan kelestarian masa panjang (mangga, rambutan, pir, cili, buah naga dan kopi)
  • Memperkenalkan Sloping Agriculture Land Technology (SALT) untuk melindungi dan memelihara kawasan hutan dan persekitaran asal setempat

Islamic Relief telah menyalurkan bantuan kemanusiaan dan melaksanakan projek mata pencarian di Myanmar sejak 2008.