GAZA, 17 Januari 2024 – Angka korban di Gaza terus meningkat kepada 24,285 orang, manakala 61,154 lagi cedera.
Jumlah itu antaranya membabitkan 10,440 kanak-kanak, 118 wartawan, 337 petugas perubatan dan 45 kakitangan unit pertahanan awam Gaza.
Lebih 7,000 penduduk dilaporkan hilang, dan 70 peratus daripadanya dari kalangan kanak-kanak serta wanita.
Menurut Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), serangan udara yang dilancarkan ke atas Gaza selama lebih 100 hari ini telah mengakibatkan pengusiran terhadap penduduk Palestin yang terbesar sejak 1948.
Menurut media Gaza pula, sepanjang tempoh ini juga, lebih 1,500 kubur penduduk yang terkorban digali semula dan lebih 150 mayat telah dicuri.
Islamic Relief terus proaktif menyalurkan bantuan sejak serangan mula dilancarkan 7 Oktober tahun lalu sehingga kini, melibatkan agihan bantuan makanan, ubat-ubatan, sayur-sayuran, air, kit kebersihan, penajaan anak yatim dan aktiviti psikososial.
Berikan sokongan kepada Islamic Relief untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk terjejas di Palestin. Jom menyumbang ke tabung Rayuan Palestin sekarang.