TRUSTED SINCE 1984

Islamic Relief menyokong 3,500 individu di Aleppo dan Idlib

Selimut, makanan dan air telah dibekalkan kepada ribuan yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka setibanya musim sejuk.

Sejak Jumaat (16 Disember), lebih 10,300 orang telah melarikan diri dari Timur Aleppo ke kawasan perkampungan di luar bandar dan ke kawasan Idlib yang bersebelahan, yang 37 batu (60 km) jaraknya.

Dan sepanjang tiga hari yang lalu sahaja, pasukan Islamic Relief di Syria telah menyantuni 3,500 orang, mengagihkan selimut dan tilam dan lapik plastik serta makanan, botol minuman dan tepung gandum untuk membuat roti.

rs66618_imgl0719

Kami akan terus mengutamakan kerja-kerja bantuan kami untuk mereka yang telah menyelamatkan diri dari Aleppo dan pasukan kami kini sedang menilai keperluan di kawasan-kawasan lain dan memantau perkembangan situasi.

Data PBB menunjukkan lebih setengah juta penduduk di seluruh Syria telah meninggalkan kediaman mereka sejak awal tahun ini termasuklah penyingkiran terkini penduduk-penduduk dari Aleppo.

Seiring dengan tumpuan terhadap Aleppo yang semakin meningkat, arus penyingkiran terus menerus berlaku di bahagian-bahagian lain negara tersebut yang telah mengakibatkan lambakan keluarga mengalami keadaan yang sukar apabila suhu semakin menurun dan musim sejuk bermula.

Kini, 700 orang sedang menyelamatkan diri dari dua pekan yang terkepung iaitu Foah dan Kefraya dan menuju ke daerah Idlib yang berhampiran.

Satu ciri utama bantuan Islamic Relief ke atas Syria adalah pendanaan projek mampan yang merangkumi pendidikan, kesihatan, bekalan air, sanitasi dan kebersihan, yang kesemuanya akan membantu golongan yang tersingkir untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan selesa.

Sila menderma untuk menyokong kerja lapangan kami di Syria di sini.

Untuk temuramah media dan akses kepada fotografi dan rakaman video Islamic Relief di Syria, sila hubungi penyelaras media antarabangsa Mohammad Shakir di talian +442075933237 atau +447747022590 atau e-mel Mohammad.Shakir@irworldwide.org

A man drops to the ground with a peace sign after being evacuated from Aleppo

Seorang lelaki melutut sambil menunjukkan simbol keamanan dengan kedua-dua tangannya setelah menyelamatkan diri dari Aleppo dengan menaiki bas.