Dalam tempoh sedekad, kami telah berkhidmat kepada lebih 2 juta orang ramai.
Staf dan penyokong Islamic Relief telah menyambut 10 tahun kejayaan beroperasi di Lebanon.
Acara keraian yang telah diadakan di Saida, Beirut dan Tripoli termasuklah kejohanan bola sepak dan pertandingan melukis kanak-kanak.
Kami mula bertugas di Lebanon pada tahun 2006, dengan membekalkan makanan, air dan kit kebersihan kepada mereka yang terjejas akibat peperangan Lebanon.
Sepanjang sedekad yang lepas, sokongan anda telah membolehkan pasukan kami membantu:
- 40,361 kanak-kanak dengan perkhidmatan kebajikan dan 11,087 dengan pendidikan,
- 4701,266 dengan bantuan asas seperti agihan selimut dan pakaian musim sejuk,
- 47,954 dengan program kesihatan dan
- 886,667 dengan makanan termasuklah agihan Ramadan dan Korban kami.
Kini, terdapat empat juta penduduk Lebanon yang menjalani kehidupan bersama-sama dua juta pelarian dari Syria dan Palestin di Lebanon.
Perpaduan komuniti adalah prinsip asas dalam segala usaha yang dijalankan oleh Islamic Relief di sini.
Pengarah negara Abdelmonem Daymi berkata: “Cabaran terhebat yang kami hadapi dalam usaha kami adalah isu keselamatan dan sekuriti.
“Namun, sepanjang 10 tahun yang lalu, kami telah berjaya membantu kesemua kawasan di Lebanon merentasi pelbagai populasi penduduk – Lebanon, Syria, Palestin, berbagai-bagai jenis komuniti.
“Kami berasa amat bangga kerana dapat bekerjasama dengan komuniti-komuniti ini dan membina kapasiti bersama rakan kongsi tempatan.”
Hari ini, 2700 orang anak yatim telah ditaja menerusi program seorang-ke-seorang Islamic Relief di Lebanon.
Dan projek-projek lain kami di Lebanon termasuklah membuka unit dialisis buah pinggang yang baru di sebuah kem pelarian Palestin di mana para pesakit terpaksa berulang-alik sejauh 95 batu (120 km) dua kali seminggu untuk mendapatkan rawatan yang menyelamatkan nyawa ini.
Abdelmonem berkata: “Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang mengalami pengalaman yang bermakna ini dan juga berbangga kerana dapat menyumbang dalam menyediakan sokongan kepada para pelarian.
“Saya juga berbangga dengan usaha yang telah dijalankan oleh Islamic Relief.
“Bukan mudah untuk bekerja dalam keadaan tersebut tetapi Islamic Relief adalah sebuah nama yang sangat dikenali di sini dan orang ramai benar-benar menghargai segala usaha yang telah dilakukan jadi kami berasa amat bertuah kerana dapat berkhidmat kepada komuniti tersebut dengan cara ini.”
Baca lebih lanjut tentang usaha kami di Lebanon di sini.
Sumber : Islamic Relief Worldwide