Bandar Baru Bangi, 2 Mac 2018 – Islamic Relief Malaysia (IRM) menerima cek bernilai RM200,000.00 dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membantu asnaf-asnaf di dalam dan luar negara.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zaifulshahfuddin Zainal Abidin, penyerahan fidyah dalam bentuk cek itu merupakan satu langkah proaktif dari LZS memandangkan pihak IRM bergiat aktif dalam memudahkan tugas-tugas yang digalas di LZS.
Tambahnya, penerimaan cek itu akan digunakan dalam projek-projek kemanusiaan di empat buah negara iaitu Vietnam, Thailand, Kemboja, dan Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak.
IRM juga bercadang untuk terus bekerjasama dengan LZS pada masa hadapan dalam usaha mencari dana bagi penerima manfaat yang memerlukan.
Untuk pengetahuan, LZS merupakan rakan kemanusiaan IRM sejak tahun 2011.