Islamic Relief memperingati dan berdoa untuk rakyat Maghribi yang terkesan akibat dilanda gempa bumi yang kuat dalam tempoh beberapa tahun.
Gempa bumi bermagnitud 6.8 itu berlaku pada jam 11.11 malam, 8 September dan telah meragut lebih 2,000 nyawa. Jumlah kematian ini dijangka meningkat dari hari ke hari.
Mereka yang terkorban dilaporkan banyak daripada kawasan perkampungan di pergunungan Atlas yang menjadi pusat gempa bumi itu.
Dalam usaha untuk mencari jiran-jiran yang terperangkap di bawah runtuhan, penduduk menggunakan apa sahaja peralatan yang ada sementara menunggu bantuan tiba.
Usaha mencari dan menyelamat dikatakan agak mencabar memandangkan jarak kawasan tersebut yang jauh, berbukit dan berisiko mengalami tanah runtuh.
Laluan jalan yang musnah pula telah menghalang ambulans untuk sampai ke kawasan terlibat dengan segera.
Buat masa ini, pihak berkuasa berusaha untuk membersihkan kawasan terlibat.
Gempa bumi yang turut dirasai sehingga ke Algeria dan Portugal itu juga telah menggoncangkan Marrakech, bandar utama yang terdekat dengan pusat gempa bumi dan mengakibatkan rumah-rumah dan bangunan-bangunan lain di Tapak Warisan Dunia UNESCO runtuh.
Gempa susulan yang berlaku membuat para penduduk takut untuk mencari perlindungan dan mereka terpaksa tidur di jalanan dalam keadaan lemah dan penat.
Bantu Morocco sekarang!