PAKISTAN, 17 Februari 2021 – Beberapa kawasan di tengah dan utara Pakistan seperti Punjab, Khyber Pakhtunkhwa, Gilgit Baltistan, Azad Jammu dan Kashmir digegarkan dengan insiden gempa bumi 6.4 magnitud pada Jumaat lalu.
Gegaran itu turut dirasakan di beberapa lokasi di Afghanistan dan India.
Pusat gempa telah dikesan di Tajikistan dengan kedalaman 80 kilometer.
Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dan harta benda dilaporkan.
Islamic Relief di Pakistan kini berada dalam keadaan siap siaga bagi berdepan sebarang kemungkinan dan akan memaklumkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa.