TAHUKAH ANDA?
- Lebih 50% penduduk Somalia tiada akses sumber air – (UNICEF)
- 99% peratus daripada air yang digunakan di Somalia untuk tujuan ternakan dan pertanian TETAPI sumber air yang ada tidak cukup untuk menampung keperluan itu – (UNICEF)
- Kekurangan air menyebabkan mereka turut kekurangan makanan.
- Wanita dan kanak-kanak perempuan di Afrika terpaksa mengorbankan hampir 200 jam setiap hari untuk mengangkut air – (UNICEF)
- Kemarau di Somalia mengakibatkan lebih suku juta penduduk maut pada 2011.
- 8 juta kanak-kanak kekurangan zat makanan yang teruk akibat tiada sumber air.
Di Somalia, Islamic Relief telah merangka pelan pembinaan Kompleks Sistem Bekalan Air Somalia dengan sasaran pengumpulan dana khusus sebanyak RM500,000.
Sebanyak 5,000 lot wakaf ditawarkan menerusi projek ini dengan harga satu lot RM100.
Apa keunikan projek kompleks Sistem Bekalan Air di Somalia?
- Dilengkapi dengan tangki air & sistem solar panel
- Haiwan juga mempunyai tempat minum air khusus, berasingan dari paip air tadahan untuk penduduk
- Mengurangkan jarak perjalanan angkut air. Dari lebih 10KM kepada 400M
“Susah sangat hidup dalam keadaan kemarau. Di kawasan ini tiada telaga air. Saya terpaksa jalan kaki 20KM untuk mendapatkan air.
“Sejak ada kompleks air yang dibina Islamic Relief, saya tidak perlu berjalan jauh lagi.”
“Sejak ada kompleks air yang dibina Islamic Relief, saya tidak perlu berjalan jauh lagi.”
Dahabo Mahmud Wa'ays
“Dalam tempoh 3 bulan kemarau, 70 ekor haiwan ternakan saya terkorban.
“Di kampung ini banyak rumah tinggal dan terbiar kerana penghuninya terpaksa berpindah ke kawasan lain yang ada sumber air.
“Bantulah kami. Kami sangat terdesak.”
“Di kampung ini banyak rumah tinggal dan terbiar kerana penghuninya terpaksa berpindah ke kawasan lain yang ada sumber air.
“Bantulah kami. Kami sangat terdesak.”
Yusof Omar
“Kemarau menyebabkan haiwan ternakan saya mati. Sekolah juga ditutup kerana ramai pelajar terpaksa berpindah ke kawasan lain untuk mencari sumber air.
“Terima kasih Islamic Relief. Pembinaan kompleks air ini banyak mengubah kehidupan kami.”
“Terima kasih Islamic Relief. Pembinaan kompleks air ini banyak mengubah kehidupan kami.”
Nour
Sa’ad bin ‘Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu saya telah meninggal. Bolehkah saya bersedekah atas nama beliau? Rasulullah SAW menjawab, “boleh”.
Sa’ad bertanya lagi, “sedekah apa yang paling utama, wahai Rasulullah? Baginda menjawab, “sedekah berupa air minum.”
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email