TAHUKAH ANDA?
- Bangladesh salah sebuah negara paling ramai penduduk di Asia dan berada di tangga ke lapan di dunia.
- 9 juta penduduk Bangladesh masih TIDAK mempunyai kemudahan sumber air bersih berdekatan rumah mereka.
- 6 juta orang tidak mempunyai tandas sendiri di rumah.
- Sumber air di sana kebanyakannya tercemar dengan arsenik dan batu-batuan yang keras.
- Arsenik boleh mengakibatkan penyakit kanser hati, buah pinggang, masalah pundi kencing dan kulit serta penyakit jantung.
- Lebih 40 peratus sumber air ini turut tercemar dengan virus e.coli.
- 73 juta penduduk Bangladesh terpaksa menggunakan air tercemar untuk kegunaan harian kerana tiada pilihan.
Islamic Relief menyasarkan pembinaan 30 telaga air di Bangladesh.
Satu telaga berharga RM7,080 & terhad kepada 12 penama atau lot bagi setiap telaga.
Keseluruhan, 360 lot wakaf ditawarkan dengan harga satu lot RM590.
Kelebihan bagi penyertaan lot wakaf untuk projek telaga air di Bangladesh: Senarai penama akan diletakkan di plat telaga yang dibina.
Kelebihan projek telaga air Islamic Relief Malaysia: Komuniti yang dibantu mendapat kursus latihan pengurusan, penjagaan dan baik pulih telaga air secara praktikal.
Mereka juga dibekalkan dengan alatan baik pulih secara percuma.
“Sejak ada telaga air yang dibina Islamic Relief, kehidupan kami menjadi bertambah baik.”
“Kini, dengan adanya telaga air dari Islamic Relief, anak-anak lebih sihat dan boleh ke sekolah seperti biasa.”
Sa’ad bin ‘Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu saya telah meninggal. Bolehkah saya bersedekah atas nama beliau? Rasulullah SAW menjawab, “boleh”.
Sa’ad bertanya lagi, “sedekah apa yang paling utama, wahai Rasulullah? Baginda menjawab, “sedekah berupa air minum.”