TRUSTED SINCE 1984

CIMB Islamic sumbang baucar wang tunai dan air mineral kepada penduduk terjejas banjir di Taman Sri Muda

Seramai 200 orang penerima manfaat daripada golongan B40 dan ke bawah yang terjejas banjir penghujung tahun lalu telah menerima bantuan baucar wang tunai dan air mineral tajaan CIMB Islamic di Masjid Al-Falah Taman Sri Muda, Shah Alam, Selan

Objektif program ini dijalankan tidak lain untuk meringankan beban penduduk terjejas, selain memberi fleksibiliti kepada mereka dalam membeli barangan yang diperlukan mengikut keperluan masing-masing.

“Islamic Relief Malaysia mengusulkan kepada pihak penaja untuk menyalurkan bantuan pasca banjir di sini memandangkan kawasan ini antara yang paling teruk terjejas, dan para penerima manfaat yang dipilih juga antara yang terjejas kewangan akibat pandemik. “Bagi baucar wang tunai yang diberikan pula, ia boleh diguna pakai di pasaraya giant berdekatan tempat tinggal penerima,” kata Muhamad Izzat Ruslan, Pegawai Kanan Bahagian Program, Islamic Relief Malaysia.

Rata-rata penerima manfaat menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan jutaan terima kasih atas bantuan yang diberikan.

“Inisiatif yang dilaksanakan dengan memberikan baucar wang tunai ini sangat bagus kerana ia memberi peluang kepada kami memilih barangan yang benar-benar kami perlukan seperti barangan elektrik yang kebanyakannya telah rosak dalam banjir,” kata Rosnah Mahmood. Turut hadir dalam program bantuan pasca banjir untuk Taman Sri Muda ini adalah Irma Hasmie, Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia.