28.5 Juta Penduduk Ethiopia Perlu Bantuan Kemanusiaan
Ethiopia, 6 Ogos 2021 – Seramai 28.5 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan di Ethiopia manakala di wilayah Tigray sahaja angka penduduk terjejas telah meningkat daripada 4.5 juta kepada 5.2 juta orang. Hal ini berikutan konflik berpanjangan di wilayah Tigray, Wollega dan Benishagul selain isu serangan haiwan perosak, bencana alam seperti banjir dan kemarau serta kesan [...]
Baca sambungan »
Risiko Kebuluran Ancam Penduduk Nigeria
NIGERIA, 3 Ogos 2021 - Seramai 4.4 juta penduduk di timur laut Nigeria melibatkan wilayah Borno, Adamawa dan Yobo sedang berdepan ancaman kebuluran akibat kekurangan bekalan makanan. Kira-kira 800,000 orang kini berada dalam krisis atau kecemasan kebuluran tahap empat manakala 12.2 juta lagi penduduk di seluruh Nigeria tergolong dalam tahap ketiga. Seramai 300,000 kanak-kanak dilaporkan [...]
Baca sambungan »
Kemarau Terburuk di Madagascar, Penduduk Diancam Kebuluran
MADAGASCAR, 3 Ogos 2021 – Seramai 400,000 penduduk di Madagascar sedang berdepan ancaman kebuluran ekoran kemarau berpanjangan yang melanda negara itu dan dikatakan yang terburuk sejak 1981. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila tanaman mereka turut musnah akibat rebut pasir dan diserang haiwan perosak hingga menyebabkan sektor pertanian negara itu mengalami kerugian besar. Ribuan penduduk terpaksa [...]
Baca sambungan »
Krisis Makanan di Afghanistan Semakin Memburuk
AFGHANISTAN, 3 Ogos 2021 – Sekurang-kurangnya 14 juta orang berdepan ancaman kebuluran di Afghanistan manakala 9.5 juta lagi berada dalam fasa kecemasan makanan tahap ketiga. Antara punca yang menyebabkan krisis makanan di negara itu menjadi semakin teruk adalah kerana konflik berpanjangan hampir 40 tahun, bencana alam seperti kemarau dan banjir, kenaikan harga makanan dan masalah [...]
Baca sambungan »
Insiden Kebakaran di Turki Ragut Lapan Nyawa
TURKI, 2 Ogos 2021 – Sekurang-kurangnya lapan maut dalam insiden kebakaran di wilayah selatan Turki. Antara kawasan yang terlibat dengan bencana ini ialah Antalya, Mersin, Osmaniye, Adana, Kahramanmaras, Mugla, Kirikkale dan Kayseri. Usaha mengawal kebakaran yang berlaku di 14 kawasan hutan masih diteruskan sementara 57 kawasan lagi sudah berjaya dipadamkan. Usaha-usaha memadamkan kebakaran dijalankan oleh [...]