TRUSTED SINCE 1984

Pelarian Syria Semakin Meningkat Akibat Peperangan

BEIRUT, 23 Okt. 2019– Sejak operasi ketenteraan di timur laut Syria bermula, kira-kira 160,000 orang awam dilaporkan telah dipindahkan. Pada 13 Oktober, kira-kira 5,000 orang dilaporkan berpindah dari bandar Ein Issa ke kawasan Ar-Raqqa. Beberapa ratus keluarga juga dilaporkan meninggalkan Menbij, wilayah Aleppo akibat peperangan yang berlaku. Pelarian mula memasuki Iraq pada 13 Oktober melalui […]

Baca sambungan »
Krisis Minyak Di Yaman Jejas Bekalan Makanan Dan Bantuan Perubatan

Yaman, 18 Okt. 2019– Yaman ketika ini sedang mengalami krisis bahan api dan menyebabkan kenaikan harga makanan dan krisis kesihatan yang semakin ketara. Penghantaran bekalan makanan dan perubatan mengambil masa yang lebih lama kekurangan bahan api dan operasi di hospital dan sistem penapisan air turut terganggu. Islamic Relief (IR) Yemen melaporkan bahawa operasi semasa berjalan […]

Baca sambungan »
Gempa susulan landa Mirpur

MIRPUR, 11 Okt. 2019 – Gempa susulan melanda Mirpur pada 6 Oktober yang lalu, sehingga mengakibatkan seorang maut manakala dua lagi cedera parah disebabkan bangunan runtuh. Laporan dari sukarelawan Islamic Relief (IR) menyatakan bahawa lima buah rumah telah musnah di Chattar Pair, Jatalan dan Jari Kass. Pasukan Respon Kecemasan (ERT) dari IR Pakistan dikejarkan ke […]

Baca sambungan »
Gempa Bumi di Pakistan, Angka Kematian Semakin Meningkat
MIRPUR, 3 Oct. 2019- 39 terkorban manakala 746 lagi cedera ekoran kejadian gempa bumi susulan berukuran 4.4 magnitud yang melanda Daerah Mirpur pada 26 September lalu. Menurut laporan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), kira-kira 1,691 kediaman musnah manakala 120 haiwan ternakan mati dengan 230 cedera selain berlaku retakan sepanjang 500 kaki di jalan utama [...]
Baca sambungan »
5.8 magnitud Gempa Bumi Landa Pakistan
ISLAMABAD, 26 Sept. 2019 - Gempa bumi 5.8 magnitud telah melanda bahagian Pakistan awal hari ini khususnya di daerah Mirpur dan gegaran telah dirasai di pelbagai bandar termasuk Jatla, Mangla dan kampung Manda dan Afzalpur. Laporan terkini mencatat 30 kematian dengan 450 cedera dan angka-angka ini dijangka akan meningkat. Kerajaan Pakistan mengisytiharkan kecemasan di semua [...]
Baca sambungan »
610 Isi Rumah Memerlukan Bantuan Kemanusiaan Segera
NIGER, 10 Sep. 2019- Niger telah direkodkan mengalami hujan lebat sejak 26 Ogos lalu sehingga berlakunya banjir kilat. Banjir yang dicetuskan oleh paras air yang sangat tinggi di Sungai Niger telah menyebabkan kemusnahan serantau di rantau Afrika Barat. Di Niger, beribu-ribu orang terpaksa meninggalkan rumah mereka, yang musnah akibat runtuhan dan tenggelam. Dosso dan Tilliberi [...]
Baca sambungan »