Penduduk Syria Perlu Bantuan Kecemasan Segera
IDLIB, 13 Mac 2020 – Meski pengumuman gencatan senjata telah diumumkan pada 6 mac lalu, namun penduduk Syria masih memerlukan bantuan kecemasan segera merangkumi makanan, perlindungan, air sanitasi dan kebersihan. Terkini, angka pelarian yang berpindah ke Utara Barat Syria sudah mencecah 961 ribu orang bersamaan 186,658 buah keluarga. Lapan puluh satu peratus daripada jumlah itu [...]
Baca sambungan »
Keadaan Di Syria Masih Kritikal
Idlib, 28 Feb. 2020 – Hampir 948,000 orang dilaporkan telah melarikan diri sejak 1 Disember lalu ekoran konflik dan ancaman cuaca sejuk melampau.   Lebih 500,000 daripada jumlah itu adalah kanak-kanak manakala hampir 200,000 lagi golongan wanita.   Menurut Global Camp Coordination and Camp Management (CCCM) Cluster, kebanyakan pelarian terpaksa tinggal di bawah pokok, kawasan [...]
Baca sambungan »
Situasi Kemanusiaan di Syria Kian Meruncing
Idlib, 11 Feb. 2020 – Seramai empat juta orang di Idlib dan Aleppo semakin tertekan ekoran pergolakan yang kian meruncing menyebabkan lebih 180 orang termasuk 60 kanak-kanak dan 27 wanita terkorban. 689,098 orang telah melarikan diri ke pusat bandar dan kem IDP di utara Idlib manakala puluhan ribu lagi dilaporkan berpindah ke kawasan utara Aleppo [...]
Baca sambungan »
Rakyat Syria Perlu Bantuan Segera
IDLIB, 3 Feb. 2020 – Lebih 586,001 orang terpaksa melarikan diri ke pusat bandar dan kem IDP di utara Syria sejak 1 Disember lalu, ekoran ketegangan yang berlaku hampir setiap hari.   Dua ratus serangan udara yang mensasarkan orang awam dalam tempoh tiga hari telah mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang.   Antara kemudahan yang terjejas teruk [...]
Baca sambungan »
Gempa bumi kuat gegar Turki
TURKI, 25 Jan 2020 - Dua puluh dua orang terkorban manakala 1,032 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.8 skala richter di Elazig, timur Turki. Gempa yang berpusat di bandar Sivrice itu turut mengakibatkan beberapa bangunan runtuh dan hampir 20 ribu penduduk dilaporkan terjejas. Menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Kerajaan Turki (AFAD), lebih [...]
Baca sambungan »
Angka kematian meningkat kepada 92 di Pakistan
PAKISTAN, 15 Jan. 2020 – Angka kematian di Quetta dan Azad Kashmir, Pakistan meningkat kepada 92 orang ekoran runtuhan rumah yang berpunca dari salji tebal. Menurut Pihak Berkuasa Bencana Nasional Pakistan (PDMA), sebanyak 489 buah rumah dilaporkan terjejas dan musnah. Operasi mencari dan menyelamat juga semakin sukar kerana runtuhan salji telah menyekat tujuh jalan utama [...]
Baca sambungan »