AFGHANISTAN, 27 Ogos 2020 – Sekurang-kurangnya 86 terkorban manakala 106 lagi cedera ekoran hujan lebat yang membawa kepada banjir kilat di sembilan wilayah di Afghanistan.
Angka korban dijangka akan terus meningkat memandangkan masih ramai lagi penduduk terjejas masih belum ditemui.
Kawasan Parwan yang bersempadan dengan Kabul dilaporkan paling teruk terjejas.
Menurut pihak berkuasa, lebih 1,500 kediaman bersama puluhan kenderaan telah musnah.
Seramai 3,500 keluarga kini memerlukan bantuan segera.
Antara keperluan mendesak yang dikenal pasti ketika ini adalah makanan, barangan bukan makanan (NFI) dan perlindungan.
Islamic Relief Afghanistan kini sedang merangka pelan bantuan kecemasan untuk penduduk terjejas di wilayah Parwan antaranya penghantaran 629 pek makanan yang mengandungi 30 kilogram gandum, lima kilogram kacang, beras, minyak dan satu kilogram garam.