Ratusan khemah pelarian Syria rosak akibat hujan lebat
IDLIB, 30 Mac 2023 – Sekurang-kurangnya 514 khemah rosak, dan 1,044 lagi rosak sebahagiannya berikutan hujan lebat yang melanda Idlib, Syria hingga menjejaskan 33,742 orang di 74 kem pelarian. Bencana ini memberi kesan besar kerana ada diantara kem terbabit baru sahaja dibina dan didiami penduduk terjejas gempa bumi yang melanda negara itu baru-baru ini. Kebanyakan [...]
Baca sambungan »
Banjir kilat di Somalia ragut 20 nyawa
SOMALIA, 30 Mac 2023 - Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban, manakala 8,000 lagi hilang tempat tinggal dalam banjir kilat yang melanda kawasan Bardhere, Gedo, Somalia. Bencana itu turut memusnahkan harta benda, kediaman dan kawasan pertanian penduduk setempat. Penduduk terjejas yang hilang tempat tinggal telah berpindah ke kawasan yang lebih tinggi untuk menyelamatkan diri, namun kini berlaku [...]
Baca sambungan »
“Kami sekeluarga pernah tak makan selama tiga hari hingga anak-anak menangis kelaparan.”
Islamic Relief Malaysia mengedarkan 100 unit baucar tunai bernilai RM200 kepada komuniti pelarian dari Myanmar di Pangsapuri Sri Nilam, Ampang, Selangor sempena menyambut bulan Ramadan. Inisiatif ini merupakan salah satu bentuk bantuan yang diwujudkan menerusi projek Rezeki Ramadan dengan slogan #gandakanpahala. Pengurus Bahagian Program Islamic Relief Malaysia, Fa’azurah Kadir berkata objektif program bermusim yang dijalankan [...]
Baca sambungan »
Gempa bumi di Pakistan dan Afghanistan ragut 19 nyawa
PAKISTAN, 24 Mac 2023 – Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban, manakala 200 lagi cedera berikutan gempa bumi 6.5 magnitud dengan kedalaman 120 kilometer yang melanda sebahagian besar kawasan di Pakistan dan Afghanistan. Kejadian itu telah merosakkan bangunan serta menyebabkan jalan raya utama disekat kerana tanah runtuh. Gegaran turut dirasai di kawasan India, Uzbekistan, Tajikistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, [...]
Baca sambungan »
Siklon Tropika Freddy di Malawi ragut 499 nyawa
MALAWI, 24 Mac 2023 – Sekurang-kurangnya 499 orang terkorban, 1,332 cedera, 427 lagi dilaporkan hilang dan 508,244 orang pula hilang tempat tinggal, susulan bencana Siklon Tropika Freddy yang melanda Malawi sejak dua minggu lalu. Bencana itu mengakibatkan banjir dan tanah runtuh yang teruk. Jalan raya ditenggelami air dan kediaman penduduk ditimbuni lumpur. Sebanyak 437 buah [...]
Baca sambungan »