Gempa Bumi di Pakistan, Angka Kematian Semakin Meningkat
MIRPUR, 3 Oct. 2019- 39 terkorban manakala 746 lagi cedera ekoran kejadian gempa bumi susulan berukuran 4.4 magnitud yang melanda Daerah Mirpur pada 26 September lalu. Menurut laporan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), kira-kira 1,691 kediaman musnah manakala 120 haiwan ternakan mati dengan 230 cedera selain berlaku retakan sepanjang 500 kaki di jalan utama [...]
Baca sambungan »
5.8 magnitud Gempa Bumi Landa Pakistan
ISLAMABAD, 26 Sept. 2019 - Gempa bumi 5.8 magnitud telah melanda bahagian Pakistan awal hari ini khususnya di daerah Mirpur dan gegaran telah dirasai di pelbagai bandar termasuk Jatla, Mangla dan kampung Manda dan Afzalpur. Laporan terkini mencatat 30 kematian dengan 450 cedera dan angka-angka ini dijangka akan meningkat. Kerajaan Pakistan mengisytiharkan kecemasan di semua [...]
Baca sambungan »
300 Rumah Rosak, 197 Cedera Akibat Dua Gempa Bumi di Albania

Tirana, 24 Sept 2019 – Dua gempa bumi telah melanda Albania pada 21 September lalu dengan 5.8 magnitud diikuti 5.3 magnitud 11 minit kemudian. Bencana itu menyebabkan sekurang-kurangnya 197 orang termasuk kanak-kanak cedera akibat ditimpa barang-barang atau serpihan yang runtuh, termasuk batu bata.   300 buah rumah telah dilaporkan mengalami kerosakan teruk dan musnah. Penduduk […]

Baca sambungan »
“Kita bantu orang, tapi akhirnya mereka bantu kita”

Menyedari kepentingan penglibatan mahasiswa dan golongan muda dalam bidang kemanusiaan serta kesukarelawanan, Kelab UNESCO di bawah kelolaan “University Centre for Community Engagement” (UCCE – BUDI), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil inisiatif mengadakan ruang bicara bagi merealisasikan harapan itu. Menerusi pentas bicara yang diadakan, Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia (IRM), Elfaeza Ul Haq dan Mizz […]

Baca sambungan »
HEY Suntik Semangat Pelajar Asnaf Untuk Berjaya
KAJANG, 21 Sept - Menyedari kepentingan pendidikan dalam mengupayakan komuniti, Islamic Relief Malaysia (IRM) mengambil inisiatif dengan mewujudkan program Holistic Education Youth (HEY) untuk membantu 74 pelajar tahun enam, tingkatan tiga dan lima menduduki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.   Pendekatan ini dilaksanakan bertujuan memberi peluang kepada anak-anak asnaf dan fakir miskin meningkatkan tahap penguasaan [...]
Baca sambungan »
IRM, Mahasiswa Pergigian Universiti Al-Azhar Santuni Pelajar RISE
KAJANG, 14 Sept – Seramai 38 pelajar Refugee Intellectual Skills & Excellence (RISE) berumur dari 6 hingga 16 tahun menyertai program pemeriksaan gigi secara percuma anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan kerjasama kumpulan mahasiswa tahun akhir jurusan pergigian Universiti Al-Azhar, Mesir dan pihak pengurusan RISE. Objektif program tersebut dijalankan adalah bagi memberi pemeriksaan kesihatan secara [...]
Baca sambungan »