TRUSTED SINCE 1984

Albania dilanda gempa bumi berukuran 6.4 magnitud

Albania, 27 Nov. 2019– Gempa bumi kuat melanda Albania pada Selasa lalu menyebabkan beberapa bangunan runtuh sehingga terdapat penduduk yang dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan tersebut dan mencetuskan panik di kalangan penduduk.

Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud itu menyebabkan sekurang-kurangnya 360 penduduk mengalami kecederaan akibat runtuhan yang berlaku manakala tempat perlindungan mereka juga turut terjejas.

Menurut Kementerian Pertahanan dan Direktori Kecemasan Negara, lebih kurang 20 nyawa terkorban dan bilangan bangunan yang runtuh belum dapat dikenalpasti.

Islamic Relief Albania kini sedang memantau situasi berkenaan bagi mengenalpasti bantuan yang diperlukan.