TRUSTED SINCE 1984

Lebih 4,700 Isi Rumah Terkesan dengan Banjir

Chikwawa, 14 Fen 2019 – Lebih 4,700 isi rumah di Daerah Chikwawa dilaporkan terjejas akibat banjir yang melanda berpunca daripada hujan lebat bulan lalu.

 

Daripada angka tersebut, sebanyak 2,845 isi rumah di kem-kem yang berbeza di Daerah District terpaksa berpindah.

 

Sesetengah struktur bangunan yang digunakan sebagai tempat perlindungan sementara kekurangan kemudahan air, sanitasi, dan kesihatan yang tidak mesra pengguna kurang upaya.

 

Sebuah sekolah yang menempatkan 704 pelajar juga turut terkesan dengan banjir itu sementara empat buah sekolah lagi digunakan sebagai kem perlindungan sekaligus menjejaskan proses pembelajaran.

 

Keperluan segara kini kritikal yang melibatkan makanan dan barangan bukan makanan (NFI) seperti selimut, air, baldi, klorin untuk pembersihan air, kelambu, dan khemah bagi mengurangkan bebanan mereka.

 

Susulan kejadian itu, Islamic Relief (IR) Malawi bercadang untuk menyediakan makanan dan NFI kepada 1,000 keluarga di Makhuwira di mana IR Malawi sedang melaksanakan projek keselamatan makanan.

 

Kini, IR Malawi memerlukan dana sebanyak £50,000 untuk menggerakkan fasa pertama kerja-kerja kemanusiaan yang melibatkan agihan makanan dan NFI.