TRUSTED SINCE 1984

Kanak-kanak Orang Asli Teroka Ilmu Sains

Kuala Lumpur, 18 Dis 2018 – 30 kanak-kanak Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Buluh Nipis, Muadzam Shah, Pahang berpeluang menerokai ilmu sains menerusi program Science Exploration yang dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) di Petrosains, Kuala Lumpur.

 

Program yang berlangsung selama tiga hari itu menitikberatkan kepentingan ilmu sains dan teknologi dalam menggalakkan setiap pelajar untuk terus menimba ilmu.

 

Ia secara tidak langsung memperkasakan daya pemikiran pelajar sekaligus meningkatkan rasa ingin belajar dalam diri setiap pelajar.

 

Dalam pada itu, Science Exploration turut mendedahkan para pelajar untuk mengenali kehidupan di metropolitan secara lebih dekat agar mereka cakna dengan perbezaan cara hidup di pedalaman dan bandar.

 

Sehingga kini, IRM telah menyantuni Orang Asli di Kampung Buluh Nipis, Pahang dengan pelbagai program sebagai platform untuk meningkatkan tahap akademik dan kehadiran kanak-kanak di sekolah.