TRUSTED SINCE 1984

Kakitangan Awam Manfaatkan Kursus Induksi

Nilai, 5 Dis 2018 – 26 pensyarah Politeknik Nilai dibekalkan dengan ilmu kemanusiaan menerusi Kursus Induksi Sukarelawan (VIC) bagi mengetahui isu-isu kemanusiaan dunia. Ia dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM)

 

VIC kali ini memberi suntikan berbeza daripada empat kluster utama IRM iaitu Program Antarabangsa, Program Domestik, Komunikasi dan Kempen, serta Pembangunan Sukarelawan yang memberi pendedahan berkenaan usaha dan kerja kemanusiaan yang dijalankan oleh setiap kluster.

 

Program itu sekaligus memberi kesedaran kepada setiap peserta untuk terus prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan yang berlaku di seluruh dunia.

 

Turut disertakan dalam program tersebut adalah ‘Refreshment Game Zoomed In’ dan ‘Human Bingo’. Ia sekaligus menyemarakkan semangat kemanusiaan dan memberi impak positif kepada pihak Politeknik Nilai untuk terus bekerjasama dengan pihak IRM pada masa akan datang.