TRUSTED SINCE 1984

Kongsi Kempen Kemanusiaan

Bangi, 31 Mei 2018 – Islamic Relief Malaysia (IRM) tetap cekal untuk meneruskan kempen kesedaran bagi menyampaikan maklumat-maklumat berkenaan projek yang dijalankan oleh IRM kepada orang ramai.

 

Kempen kesedaran itu dijalankan melalui kaunter pameran dan jualan barangan eksklusif oleh pihak IRM atas kerjasama Hotel Bangi-Putrajaya (HBP) dan Bangi Golf Resort (BGR).

 

Program yang mendapat sokongan oleh kedua-dua pihak ini turut menggalakkan orang ramai untuk membeli sambil menyumbang kepada tabung IRM.

 

Selain itu, jualan barangan seperti baju, pen pointer, sejadah, dan kuih raya yang dihasilkan oleh penerima manfaat IRM juga boleh didapati di kaunter pameran tersebut.

 

Melalui kempen kesedaran ini, IRM turut bercadang untuk mengumpul lebih ramai penyumbang pada masa akan datang.

 

Untuk rekod, IRM telah bekerjasama dengan pihak HBP sejak sembilan tahun lalu melalui buffet Ramadan, di mana sebahagian daripada hasil buffet tersebut akan disumbangkan kepada tabung IRM.