TRUSTED SINCE 1984

Islamic Relief memandang serius tentang serangan maut ke atas Idlib

Lebih dari 70 orang telah terbunuh manakala beratus lagi cedera di utara Syria setelah serangan bahan kimia yang dilancarkan dari udara berlaku menurut laporan berita baru-baru ini.

“Kami amat memandang serius serangan ini”, kata Imran Madden, Pengarah Islamic Relief UK. “Kesemua pihak yang terbabit di dalam konflik mestilah menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan mengelak dari terus menyebabkan kematian atau kecederaan orang awam.                       “Bulan lalu, konflik ini telah masuk tahun ketujuh. Sepanjang tempoh ini, lebih 400,000 orang telah terbunuh dengan tragis. Keaadaan amat dahsyat. Kami menyeru komuniti antarabangsa agar melakukan tindakan terbaik dan mencari penyelesaian politik berkenaan dengan krisis ini.                        “Pasukan kami sedang bertungkus-lumus untuk menyelamatkan nyawa, dan berhadapan dengan persekitaran yang sangat-sangat berbahaya dan mencabar,  untuk memastikan derma yang diberikan oleh dermawan kita di UK sampai ke tangan mereka yang sangat memerlukan di Syria.”

Islamic Relief akan terus menyalurkan bantuan penting di Idlib lanjutan serangan ini, namun perkara ini semakin mencabar dari masa ke masa kerana staf kami terpaksa bertugas di dalam keadaan yang sukar ini.

Sejak beberapa tahun yang lalu, Islamic Relief telah membekalkan makanan, alatan perubatan, pakaian tebal dan tempat berlindung kepada jutaan orang ramai di Syria dan telah menerajui usaha membekalkan bantuan di kawasan-kawasan yang terkepung seperti Aleppo dan lain-lain.

Anda boleh terus menyokong kerja-kerja lapangan kami dengan menderma kepada kami.

Sumber : Islamic Relief UK