TRUSTED SINCE 1984

Ramadan Relief Bantu 15,700 Penerima Manfaat

Bangi, 24 Mei 2019 – Konflik empat tahun Yaman mencetuskan krisis kemanusiaan terburuk di dunia apabila diancam kebuluran dan wabak penyakit membabitkan 24 juta orang iaitu dua pertiga daripada penduduk negara itu.

Ketika negara-negara maju didedahkan dengan pembaziran makanan yang melampau, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan seramai 821 juta orang di seluruh dunia mempunyai kekurangan makanan.

Tidak dinafikan wujud organisasi-organisasi kemanusiaan yang prihatin terhadap isu ini dan turut membantu mengatasi masalah ini. Namun begitu, isu ini memerlukan penglibatan dari semua bukan sahaja untuk memberikan bantuan tetapi untuk memberi kesedaran dan mewujudkan dunia yang prihatin.

Islamic Relief Malaysia (IRM) juga turut tidak ketinggalan membantu mengatasi masalah ini menerusi projek Ramadan Care4Hunger pada Ramdan lalu yang menyasarkan agihan lebih daripada 3,000 pek makanan kepada 15,700 penerima manfaat di 33 buah negara.

Berjaya dilaksanakan sejak beberapa minggu lalu, program agihan pek makanan Ramadan 2019 telah membantu mereka yang kesusahan antaranya di Syria, Palestin, Somalia, Indonesia dan banyak lagi.

Bagi anda yang berminat untuk menghulurkan sumbangan, anda boleh layari laman web IRM: https://islamic-relief.org.my/sandbox_www/ms/ atau di laman sosial IRM untuk menderma.