TRUSTED SINCE 1984

16 Maut Dalam Gempa Bumi

Lombok, 29 Julai 2018 – 16 orang dilaporkan terkorban di kedua-dua Lombok Timur dan Utara. Salah seorang daripada mangsa adalah warganegara Malaysia, menurut Agensi Respon Kecemasan dan Pengurusan Bencana Provinsi (ARKPBP).

 

Laporan terbaharu menunjukkan seramai 820 orang terperangkap di gunung dan 617 daripada jumlah itu adalah pelancong asing.

 

Insiden berkenaan turut menyebabkan seramai 18 warganegara Malaysia dipindahkan ke Hospital Mataram.

 

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) melaporkan gempa berskala 6.4 magnitud melanda pantai utara Pulau Lombok, dan ia berlaku di Lombok serta di Bali dan Sumbawa pada jam 5.47 pagi waktu tempatan.

 

Gempa bumi itu berlaku akibat kegagalan kegiatan Naik Flores Cesar, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

 

Kejadian gempa bumi itu telah melanda di kawasan Lombak Utara, Lombok Barat, Mataram, Lombok Tengah, Sumbawa Barat, Sumbawa Besar, Denpasar, Kuta, Nusa Dua, Karangasem, Singaraja, Gianyar dan beberapa kawasan di Bali.

 

Menurut CNN Indonesia, Gabenor Indonesia telah mengisytiharkan status kecemasan selama tiga hari dan ia akan dipanjangkan berdasarkan situasi semasa di tempat kejadian.

 

Ketika ini, Islamic Relief Indonesia sedang berhubung dengan Ketua ARKPBP, Tuan Agung dan Tuan Taqi daripada Konsepsi melalui telefon pintar bagi memperoleh keadaan semasa dan maklumat daripada pemerintah Indonesia.

 

Dua pasukan kini berada di lapangan dipimpin oleh kakitangan IR Indoenesia, Wahyu dan kini menuju ke gunung untuk menilai keadaan bersama-sama dengan KONSEPSI (rakan IR Indonesia di CCA).

 

Satu lagi pasukan yang diketuai oleh Masnawati akan bersiap sedia di Hospital Lombok untuk melihat keadaan semasa warganegara Malaysia.

[Sumber: Islamic Relief Indonesia]