Sri Lanka, 10 Januari 2024 – Lebih 11,000 keluarga dari 12 daerah di Sri Lanka terjejas akibat hujan lebat dan banjir, menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC) negara itu.
Kawasan Kilinochchi, Mullaitivu, Mannar, Ampara, Batticaloa, Trincomalee dan Puttalam antara yang paling teruk terjejas.
Islamic Relief Sri Lanka sedang merangka pelan bantuan melibatkan agihan pek makanan dan kit kebersihan bagi membantu penduduk terjejas bencana.
Islamic Relief sudah beroperasi di Sri Lanka sejak tahun 2004, bermula dengan kerja-kerja bantuan kemanusiaan ketika tragedi Tsunami Lautan Hindi.