TRUSTED SINCE 1984

100 Mangsa Terkorban di Kenya

Kenya, 4 Mei 2018 – Kira-kira 100 orang terkorban manakala 33 lagi tercedera ekoran banjir yang melanda di Kenya sejak Mac lalu.

 

Susulan bencana itu, ia mengakibatkan kemusnahan sekurang-kurangnya 8,450 ekar tanah ladang yang ditenggelami air dan lebih daripada 6,000 ternakan turut terkesan.

 

Laporan terkini merekodkan seramai 211,000 penduduk terpaksa dipindahkan dari pelbagai daerah termasuklah Kilifi, Turkana, Tana River, Garissa, Isiolo, Kisumu, Taita, Mandera, Wajir, Marsabit, West Pokot, Samburu and Narok.

 

Banjir tersebut turut menyebabkan sekitar 50,000 penduduk terperangkap di beberapa buah kampung di Moyale yang berdekatan dengan sempadan Ethiopia apabila jalan perhubungan di kawasan sekitar itu musnah ekoran bencana alam yang berlaku.

 

Islamic Relief Kenya (IRK) kini bekerjasama dengan rakan kemanusiaan untuk terus memantau keadaan banjir di Kenya terutama di kawasan Kilifi, Garissa, Marsabit, dan Wajir.