Read in
July 16th, 2019
Worldwide
Maluku, 15 Julai 2019 – Satu gempa bumi berukuran 7.2 magnitud mengegarkan Kepulauan Maluku, Indonesia pada petang Ahad lalu.Walaubagaimanapun, pihak berkuasa tempatan telah mengesahkan tiada ancaman tsunami ekoran gempa tersebut.
Dilaporkan dua orang maut, manakala banyak infrastruktur termasuk rumah serta bangunan-bangunan musnah akibat bencana itu.
Kebanyakan penduduk melarikan diri ke kawasan yang lebih tinggi sebagai langkah berjaga-jaga.
Islamic Relief (IR) Indonesia kini sedang meninjau dan membuat penilaian mengenai situasi semasa dan mengenalpasti bantuan yang diperlukan.