Wanita Itu X Islamic Relief Malaysia adalah inisiatif untuk membantu usahawan wanita yang mempunyai semangat dan minat untuk belajar dan tambah baik pendapatan, namun mempunyai kekangan akses dari segi modal, kemahiran dan latihan. Justeru, Wanita Itu Impact Fund (WIIF) ditubuhkan dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia & MADCash untuk menyediakan platform yang berstruktur dan telus untuk usahawan wanita mengembangkan perniagaan mereka. Dana ini bertujuan memberi ilmu, sokongan dan keperluan untuk memperkasa usahawan wanita agar dapat lebih berdaya saing. ...